DEKATI DAVID MCKENZIE

Berdarah kacukan Inggeris-Filipina, David Mckienzie mula meraih perhatian setelah bergelar suami kepada pelakon, Lana Nodin. Dia merupakan jurulatih dan pemain bola tampar pasukan Amerika Syarikat di peringkat Olimpik serta mempunyai akademi bola tampar di singapura. Kesungguhannya menempa nama sebagai pemain bola tampar professional wajar dicontohi.

t3423

Apakah idea kebahagiaan sempurna?
Memiliki keluarga penyayang yang tentunya diimpikan oleh semua orang.

Perkara paling ditakuti?
Menaiki bot. Saya kurang selesa menaiki bot yang sedang bergerak di atas air.

Individu paling dikagumi?
Karch Kiraly yakni pemain bola tampar terbaik sepanjang zaman. Etika kerja dan disiplinnya yang tinggi menginspirasikan saya.

What is your favourite journey?
Saya suka menunggang motor menyusuri pantai di Hermosa Beach California pada waktu pagi dalam perjalanan ke sesi latihan bola tampar pantai.

Bahagian penampilan tidak disukai?
Rasanya tiada satu pun bahagian pada badan saya yang tak disukai. Tuhan mengurniakan segalanya sempurna dan saya gembira.

Apakah bakat sering anda impikan?
Mungkin saya tak impikan sesuatu bakat itu? Kerana saya gemar berusaha untuk mengecapi sesuatu kebolehan. Oleh itu, saya lebih gemar mempunyai kebolehan untuk berusaha keras serta bermain bola tampar sehingga ke peringkat paling tinggi.

What is your current state of mind?
Saya sering memikirkan tentang cara untuk meningkatkan sesuatu itu agar tampil lebih baik daripada sebelumnya. Tak kiralah dari aspek apa pun. Misalnya, perniagaan, sukan, kehidupan peribadi dan rumah.

Pencapaian terbaik?
Bertemu cinta hati dan mengahwininya.

What is your most treasured possession?
Isteri dan kehidupan saya hari ini. Material atau harta benda tidak memberi sebarang erti kepada saya.

What is your most marked characteristic?
Sopan santun. Saya telah diajar oleh ibu saya untuk sentiasa sopan dan menghormati orang lain dan cuba membantu mereka yang memerlukan dengan apa cara sekali pun.

Perkara paling dihargai dalam teman-teman anda?
Kepercayaan dan kejujuran mereka.

Cabaran terbesar?
Menguruskan perniagaan seorang diri. Saya tak menyarankan urusan perniagaan dengan cara ini. Kerana menguruskan sesuatu perniagaan itu perlu ada beberapa pekerja yang akan menjalankan peranan tertentu.

Motto anda?
‘Pursue your passion’.

Tanggapan salah tentang saya…
Sombong dan sukar didekati.

Who knows you the best?
Ibu dan isteri saya.

Di manakah diri anda dalam masa sepuluh tahun akan datang?
Kembara ulang alik antara Amerika dan Malaysia.

If you could go on a road trip where would you go?
Menarik sekiranya saya berpeluang mengembara ke Eropah.

What is it that you are passionate about?
Saya suka bermain bola tampar dan berpeluang bersaing dengan pemain bola tampar hebat dari negara lain.

Satu perkara yang tidak akan dilakukan lagi?
Merokok. Jujurnya, saya pernah merokok suatu ketika dahulu tapi lama-kelamaan saya sedar banyak perkara buruk tercetus akibat merokok. Ia akan menjejaskan kesihatan, membuatkan rambut dan badan berbau busuk. Lagipun, ia membazirkan wang.

Tip grooming?
Cuba pakai Inner Beauty Collagen dan Apple Stem Cell Supplement. Sejak menggunakannya, lingkaran hitam di bawah mata telah terhapus. Kulit muka juga bertambah tegang dan lebih bersinar.

*Rujukan GL Februari 2016

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.