Skip to content

ED SHEERAN BAKAL JADI PELAKON

Kongsikan artikel ini

Say what! Ed Sheeran, penyanyi berusia 26 tahun yang kini popular dengan lagu Shape of You bakal menjadi seorang pelakon? Ya, Ed Sheeran dikhabarkan bakal menjadi seorang pelakon selepas beliau bersetuju untuk tampil sebagai kameo di dalam siti tv hit popular, Game of Thrones (GOT)  untuk musim akan datang.

(Photo credit: JustJered)

Berita mengejutkan ini disampaikan sendiri sewaktu diskusi panel yang diadakan baru-baru ini dan ia diumumkan sendiri oleh para penerbit pelakon GOT, iaitu David Benioff  dan D.B. Weiss, serta dihadiri Maisie Williams dan Sophie Turner, sewaktu sidang SXSW di Austin, Texas.

Khabarnya, sudah lama pihak produksi inginkan Ed Sheeran untuk muncul dalam siri popular ini, dan kali ini ianya bakal menjadi kenyataan. Sheeran sudah pun memulakan pengambaran sejak tahun lepas, dan para penonton bakal melihat sendiri keupayaan Ed dalam musim ketujuh akan datang. GOT bakal ditayangkan di saluran Foxtel pada 16 Julai nanti.

Game Of Thrones sudah bersiaran selama 6 musim dan ia dibintangi oleh Kit Harrington, Jack Gleeson dan ramai-ramai lagi. Tidak sabar rasanya kami untuk menyaksikan Ed Sheeran beraksi di hadapan kamera!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut