Skip to content

FAHRIN AHMAD HOS LELAKI PERTAMA RANCANGAN WHI

Kongsikan artikel ini

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 38 khabarnya cukup teruja apabiladiberikan pertanggungjawab sebagai hos lelaki pertama dalam program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI), yang bermula hari ini. Jelas Fahrin lagi, tawaran daripada pihak penerbitan rancangan yang bersiaran secara langsung itu dianggap sebagai cabaran dalam mempelbagaikan lagi skil pengacaraan dirinya.

Photo credit: tv14.my

“Apabila diajukan tawaran ini, saya turut terkejut kerana maklum tiada hos lelaki ditampilkan sebelum ini. Saya difahamkan, dulu Nazril Idrus juga pernah terbabit dalam WHI, namun beliau hanya mengendalikan segmen khas. Sebaik saja diberikan peluang, saya tidak berfikir panjang kerana yakin mampu menggalas amanah diberikan pihak TV3. Sudah pasti saya sendiri teruja untuk bersiaran menerusi rancangan terbabit,” katanya pada Berita Harian.

Akui bintang filem dan juga drama terkenal ini lagi, pengalaman mengendalikan aneka rancangan di televisyen dan pentas membantunya mengacarakan WHI secara santai. Menyelak latar belakang personaliti berasal dari Johor itu, terbaru Fahrin turut menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bagi program realiti pencarian bakat sukan bola sepak, Mencari Ramli.

Sumber: Berita Harian

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

ETIKA PEMAKAIAN CINCIN BUAT SEORANG LELAKI

Bacaan Lanjut