1 of 6

Baru-baru ini, tular di laman-laman sosial video seorang pramugara AirAsia X, bernama Ahmad Assraf Muhammad Nasir, 29 tahun yang mencuri tumpuan satu dunia apabila dia meniru gimik tarian Britney Spears dalam muzik video ikonik lagu Toxic. Video berdurasi 1 minit itu menyaksikan Ahmad Assraf menari koreografi asal muzik video tersebut di dalam badan pesawat Air Asia. Video tersebut kemudiannya turut dimuat naik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes di laman Instagram rasminya dengan kepsyen memuji bakat yang ada pada krew-krew AirAsia.

Jelasnya pada GLAM Lelaki, “Tujuan video itu dirakam adalah untuk hiburan semata-mata dan saya berkongsi video tersebut bersama rakan-rakan. Tidak sangka ia tersebar dan menarik perhatian ramai orang,”

Yang menariknya, video itu juga turut mendapat liputan dari laman-laman web dunia seperti DailyMail, etcanada, The Sun UK, 9gag, Billboard, USmagazine, Times dan banyak lagi. Oleh itu, GL terpanggil untuk menyenaraikan 5 fakta menarik mengenai Ahmad Assraf yang wajar anda tahu.

1 of 6