Skip to content

FASHIONVALET LANCARKAN KOLEKSI AFGAN, AREZ.CO

Kongsikan artikel ini

Platform e-dagang popular di Asia Tenggara yang menghimpunkan koleksi lengkap pakaian wanita, Fashion Valet mengalu-alukan kedatangan koleksi penyanyi indonesia, Afgansyah Reza. Jenama ini diasaskan pada Jun 2015. Nama ‘Arez’ diambil dari nama penyanyi tersebut untuk melambangkan dedikasi dan bahagian dalam hidup, perasaan, idea dan perhatian terhadap peminat yang sentiasa setia menyokong kariernya selama ini. memberi fokus kepada penghasilan barangan yang unik dan berkualiti tinggi bermula dengan koleksi pakaian. Dengan itu, Arez. Co. telah disokong oleh pasukan kreatif yang mampu menterjemahkan idea Afgan kepada barangan unik.

Koleksi Arez. Co. memperlihatkan kebanyakkan kemeja T dengan tema kasual dan santai. kemeja T unisex ini boleh digayakan oleh lelaki dan perempuan. Dengan saiz S hingga XL, koleksi ini muncul dengan harga berpatutan iaitu kurang dari RM150 setiap helai. Koleksi Arez. Co. menghimpunkan warna asas (kelabu,hitam dan putih) dengan tujuan untuk sesuai padankan dengan kepelbagaian dari denim ke seluar slack. Koleksi-koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di www.fashionvalet.com dan di kedai rangkaian mereka di Kuala Lumpur dan Singapura.

Dengan saiz S hingga XL, koleksi ini muncul dengan harga berpatutan iaitu kurang dari RM150 setiap helai. Koleksi Arez. Co. menghimpunkan warna asas (kelabu,hitam dan putih) dengan tujuan untuk sesuai padankan dengan kepelbagaian dari denim ke seluar slack. Koleksi-koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di www.fashionvalet.com dan di kedai rangkaian mereka di Kuala Lumpur dan Singapura.

“Pihak kami bertemu Afgan sewaktu konsertnya tahun lalu dan mempunyai koleksi pakaiannya di platform kami merupakan kesinambungan perhubungan yang menarik antara Afgan dan FashionValet. Saya berasa rendah diri dan berbesar hati dengan pemilihannya untuk pihak FashionValet melancarkan dan mempamerkan jenamanya secara eksklusif,” komen Vivy Yusof selaku pengasas bersama FashionValet.

“Kami memasarkan koleksi ini ke seluruh dunia dan bukan hanya untuk peminat di rantau ini,” tambahnya.

Sumber: Cosmopolitan.my

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut