FATTAH AMIN BAKAL MUNCUL DENGAN NOVEL

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Apa benar dakwaan ini? Berdasarkan laporan sebuah portal berita baru-baru ini, pelakon dan penyanyi yang semakin melonjak naik ini bakal mengeluarkan novel pula. Selepas melancarkan single kedua Wanita Terakhir sekitar Januari lalu, Fattah Amin bakal muncul pula dengan novel menggunakan judul sama yang dikhabarkan bakal dilancarka Sabtu ini.

(Photo: Instagram @fattahaminz

“Novel ini memang diadaptasikan daripada lagu berkenaan. Sama seperti lagu itu yang dijadikan hadiah untuk peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya, termasuklah fan Lofattah (gabungan Neelofa dan Fattah), saya berharap lagu ini dapat meneruskan penghargaan saya buat mereka.

Terdahulu, Fattah pernah mengeluarkan buku diberi judul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang menjadi tular dan hangat diperkatakan orang ramai, beberapa bulan lalu. Walaupun mendapat kecaman ramai, nampaknya tiada tanda-tanda Fattah Amin untuk berhenti. All the best to him!

Sumber: Berita Harian

Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 April 2017

 

 

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.