FATTAH AMIN DILANTIK SEBAGAI DUTA SUV TOYOTA

“Gembira kerana dapat melanjutkan kerjasama dengan Toyota selepas terlibat dalam perlumbaan Vios Challenge musim pertama yang merupakan sebahagian daripada Festival Perlumbaan TGR tahun lalu. Pengalaman memandu Toyota Vios di dalam litar perlumbaan memberikan saya sudut pandang baru terhadap kemampuan dinamik dan sporty kenderaan Toyota,” jelas Fattah Amin ketika ditemu bual sewaktu dilantik menjadi duta toyota C-HR.

Fattah juga berkongsi, dia memilih Toyota C-HR kerana ia kenderaan dengan karakter tersendiri serta mempunyai gaya sporty. Malah, rekaan ‘fresh’ pacuan empat roda ini sangat belainan berbanding pesaing-pesaingnya. “Saya sudah memandu C-HR selama sebulan dan merasakan bahawa enjin 1.8 liter yang digunakan mampu memberikan saluran kuasa yang memadai untuk pemanduan  lancar dan stabil. Tambahan, ruang kargo yang disediakan sangat mencukupi untuk saya bawa apa saja barangan yang diinginkan,” jelas Fattah lagi.

Dijual pada harga RM150,000 (dengan SST, tanpa insurans, bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung), C-HR menjadi antara model paling laris di Malaysia sejak dilancarkan Mac lalu. C-HR direka menggunakan platform baru dikenali sebagai Toyota New Global Architecture (TNGA) yang mengubah struktur rekaan kenderaan dengan memberi keutamaan kepada sistem janaan dan menyediakan aspek pemanduan terbaik. Ciri-ciri keselamatan yang melengkapinya termasuk ABS dengan kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TC), brek parkir elektrik serta kawalan bantuan mula mendaki (HAC).

Model ini juga datang dengan ciri lain seperti amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), sistem tinjauan titik buta (BSM) dan begitu juga sistem tinjauan tekanan tayar. Toyota juga sedang menjalankan kempen All About The Drive Bonanza sehingga 31 Disember 2018. Setiap pelanggan yang hadir untuk sesi pandu uji mana-mana model Toyota di bilik pameran seluruh negara akan layak menerima hadiah cenderahati Toyota serta peluang untuk memenangi produk premium serta pakej percutian. Pelanggan yang membeli kenderaan baru Toyota sebelum hujung tahun ini pula berpeluang memenangi MPV kompak Toyota Sienta (tertakluk kepada terma dan syarat).

Tags: ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.