Skip to content

HARVARD UNIVERSITY HUMANITARIAN OF THE YEAR MILIK RIHANNA

Kongsikan artikel ini

Kejayaan dan sumbangan Rihanna sepanjang bergelar artis sekali lagi diiktiraf selepas beliau dianugerahkan Peter J. Gomes Humanitarian Award sewaktu dia dijemput ke kampus Harvard 28 Februari lalu. Rihanna diberi peluang untuk berucap mengenai yayasan yang ditubuhkan oleh penyanyi ini dan kerja-kerja amalnya yang lain.

(Photo credit: Billboard.com)

“So, I made it to Harvard! Never thought I’d be able to say that in my life, but it feels good”. Itulah teks ucapan permulaan Rihanna kemudiannya diikuti dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin hadir. Selepas itu, dia kemudiannya menerangkan dia berminat untuk melakukan kerja-kerja amal bermula melalui iklan TV mengenai kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang pernah ditontonnya sewaktu kecil.

Antara teks ucapannya berbunyi, “Saya pernah mengimpikan, apabila saya dewasa, bila saya sudah kaya nanti, saya akan menyelamatkan kanak-kanak di seluruh dunia. Saya cuma tidak sangka yang saya berada di sini untuk melakukan semua ini sewaktu saya masih remaja lagi. Saya tahu yang setiap seorang daripada anda berupaya untuk membantu seseorang. Apa yang anda harus lakukan untuk membantu seseorang adalah untuk tidak mengharapkan sesuatu kembali. Pada saya, itulah sifat kemanusiaan,” Rihanna menerangkan definisi kemanusiaan kepada penonton,” terang Rihanna.

Rihanna juga telah menubuhkan Believe Foundation pada tahun 2006 yang membekalkan keperluan asas kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Saksikan majlis penganugerahan tersebut melalui pautan di bawah.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Mac 2017

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
5 BILIONAIR DUNIA YANG BIJAK BERGAYA

5 BILIONAIR DUNIA YANG BIJAK BERGAYA

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut