Skip to content

KANVAS TUBUH IDEAL NORMAN HAKIM

Kongsikan artikel ini

Tiada yang lebih layak untuk mengungguli The Body Issue selain aktor tampan lagi sasa Malaya, Norman Hakim. The cover speaks for itself! Imej tubuh ideal bersama nama aktor ini ibarat dakwat dengan kertas. Ketekunan menyelenggara senaman dan amalan pemakanan yang betul adalah teras kehidupan buatnya. Secara tidak langsung mendisiplinkan dirinya untuk mencapai visi, misi serta matlamat kehidupan yang sudah direncanakan sejak azali lagi.

Otot-otot yang pejal lagi sasa menjadi idaman lelaki masa kini. Saban tahun, rantaian gimnasium terus bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan sejak enam tahun yang lalu. Bahkan, ada juga yang sudah gulung tikar dek yuran keahlian yang perlu dibayar secara bulanan terlalu mahal. Memandangkan trend kehidupan masa kini makin sibuk dan cepat, gim adalah kemudahan bagi mereka yang punya kekangan masa ekoran kesibukan kerja lantas masih mahu mencapai matlamat kecergasan. Kini gim bukan hanya menjadi medan untuk bersenam malah menjadi laman bersosial secara sihat untuk kaum Adam. Semua maklum, kehidupan yang sihat memerlukan komitmen jangka panjang, bukan bersandar semata sebagai trend atau bersemangat ala-ala kadar saja. Lantaran itu sehingga kini, aktor Norman Hakim menjadikan senaman dan amalan pemakanan yang betul sebagai teras kehidupan bagi mencapai gaya hidup yang lebih berkualiti.

Meneliti kronologi kerjayanya dalam persada hiburan tanah air cukup panjang. Auranya terbias muda dan produktif walau sudah berusia 41 tahun. Hadir ke set penggambaran tepat pada masanya. Norman ditemani isteri, Memey Suhaiza bersama anak sulung hasil perkahwinannya dengan Memey, Muhammad Darwishz Hakim yang cukup mendengar kata. Arca garapan Auguste Rodin menjadi inspirasi konsep di samping Norman menyarungkan helaian-helaian terbaru jenama terkemuka Itali, Versace. Usai penggambaran, mereka pulang. Terus lewat malam hari aku atur pertemuan dengan Norman di Mont Kiara untuk sesi bual bicara. Usul aku membuka bicara adalah “kongsi sedikit perihal diri”. Norman menjawab, “Sebelum menceburi bidang peragaan dan hiburan, dahulunya saya aktif dengan sukan bola sepak bersama pasukan Pahang dan dilatih sebagai atlet junior Malaysia dalam olahraga 400 meter lari berpagar di bawah kelolaan jurulatih, arwah Ishtiaq Mubarak. Biarpun masih di bangku sekolah rendah saya sudah punya matlamat dan mula berfikir akan ruang masa depan. Aktif dalam sukan bola sepak sejak darjah empat, saya sudah bermain di bawah umur 14 tahun kerana punya susuk fizikal dan postur yang besar. Sudah itu, masuk darjah enam saya mewakili pasukan Pahang bawah 16 tahun untuk Piala Presiden. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan berhenti bola sepak seketika kerana mahu fokus sepenuhnya kepada pelajaran. Waktu di MCKK, mereka agak kecewa kerana saya memilih untuk keluar dari asrama bola sepak,” tutur Norman relaks membuka bicaranya.

“Saya percaya kehidupan perlu ada keseimbangan, tidak kira antara pendidikan atau kokurikulum. Namun, di MCKK juga saya gilakan sukan. That’s my true passion! Melihat akan potensi saya, pihak sekolah membenarkan untuk saya menceburi apa jua bidang sukan yang ada. Sebagai seorang pemain bola sepak, saya berkebolehan untuk menjaringkan gol dari pintu gol ke pintu gol yang bertentangan. Tanyalah rakan sekelas saya,” terang Norman sambil ketawa kecil menceritakan kehebatannya dalam sukan bola sepak padang. “Tamat SPM, mereka memanggil saya kembali dan pada masa yang sama menjalani latihan olahraga 400 meter lari berpagar. Jika kenal, Azmi Ibrahim yakni pelari pecut kebangsaan adalah antara teman rapat saya kala itu.”

“Kemunculan semula dalam arena olahraga dan bola sepak, membuatkan saya fikir apakah fokus dan tujuan utama saya. Sedang berlatih, saya disapa untuk menyertai pencarian hero remaja, lalu menjadi juara bagi sesi 1993/94. Maka, itulah titik permulaan tatkala melangkah ke bidang peragaan dan seterusnya lakonan. Hakikatnya waktu itu saya sudah mula menerapkan idea untuk memanfaatkan kuasa penjenamaan peribadi langsung menggabungkan antara dunia sukan bersama persada hiburan bagi mendedahkan diri dalam lapangan perniagaan secara perlahan,” sambung Norman.

THE EARLY YEARS

Jika mahu disenaraikan aktor kegilaan Malaya, nama Norman Hakim pastinya terpahat sama. Juga dikaitkan dalam lapangan kecergasan bersama beberapa nama artis dan selebriti lelaki lain yang sibuk membina badan. Barangkali, seingat aku hanya dia seorang yang menitik beratkan imej tubuh seorang aktor sejak lewat tahun ’90-an lagi, sebelum industri kecergasan menjadi sangat kompetitif hari ini. “Mula sebagai peragawan, I did various runways and TV commercials.

Lalu, mengembangkan kebolehan dalam bidang hiburan dengan menerima tawaran lakonan setelah dua tahun berdiri dalam bidang peragawan. Namun, sekadar memegang watak sampingan. Tahun 1998, saya berpeluang untuk bertemu Datuk Yusof Haslam lantas diberi tawaran lakonan filem pertama yakni Pasrah di samping Erra Fazira. Masa itu juga, there were ups and downs. Kita berdepan dengan kegawatan ekonomi dan saya mula teragak-agak untuk meneruskan kerjaya sebagai anak seni, tambahan pula dilanda badai kontroversi percintaan dan sebagainya. Setiap kehidupan itu pasti ada pasang surutnya. Saya cekal dan ambil setiap insiden secara positif lantas mendewasakan diri kerana belajar menerusi pengalaman adalah buku rujukan yang terbaik.”

RUTIN FIZIKAL PERIBADI

Berbicara mengenai susuk tubuh ideal, aku soal Norman kalau rasa tertekan untuk punya tubuh yang sempurna? “Tidak sama sekali, seperti yang dikatakan awal tadi, that’s my passion. Bila anda melakukan sesuatu yang anda suka, anda nikmati perinci perjalanannya. Sejujurnya, itu adalah motivasi saya. Misalnya, jika hari ini saya makan berlebihan lalu sudah mengira pengambilan kalori. Itu adalah objektif atau tujuan utama untuk membakarnya kembali. Tidak susah. Persepsi saya memandang orang sebegini adalah mereka dapat menyesuaikan disiplin untuk gaya hidup sihat. Ya, bergiat dalam bidang sukan sejak kecil sedikit sebanyak membantu. Namun, konsistensi adalah segala-galanya.

Biarpun punya fundamental sejak kecil, jika tidak dipraktikkan tidak ada gunanya. Angan-angan terus menjadi angan-angan. This is something that I don’t feel pressured about, up to this day, after so many years. My passion is still standing as hard as concrete.” Pintas aku yang seterusnya, “Bahagian tubuh paling disukai?” Norman berkata, “I value all. Pada saat memulakan senaman, semua perlu seimbang. Tiada yang dianak tirikan. It’s your body from head to toe, why do you need to choose? Body proportions atau struktur anatomi otot harus selari,” tutur Norman yang mengagumi pelakon merangkap atlet papan anjal Olimpik, Jason Statham.

Sudah lima jam kami berbual, malam hampir larut. Malam juga sudah mula gerimis. Sebelum pulang aku sempat bertanyakan rutin senaman harian. “Membina otot tubuh bahagian bawah termasuk bahagian bawah perut, punggung, paha dan kaki. I love doing squats kerana saya tidak mahu membina otot pada bahagian atas, sebaliknya hanya maintain. Gluteus is a man’s asset and rectus abdominis is crucial. Tidak boleh dipelihara hanya dengan senaman. Amalan pemakanan yang betul juga perlu konsisten. Kadar metabolisme juga menurun setelah usia beralih ke angka 30-an.”

Dan untuk atikel penuh, jangan lupa untuk dapatkan majalah GLAM Lelaki isu JULAI 2017 yang kini sudah berada di pasaran. Sementara itu, saksikan adegan menarik di sebalik pengambaran muka depan isu Julai 2017 yang menampilkan the one and only..Norman Hakim. 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut