Skip to content

KEBAJIKAN TERAKHIR OBAMA

Kongsikan artikel ini

Apa benar spekulasi ini? Dikhabarkan beberapa jam sebelum melepaskan kerusi Presiden Amerika Syarikat kepada Donald Trump, Barack Obama dilaporkan secara senyap meluluskan peruntukan sebanyak USD221 juta (RM980.1 juta) kepada pihak berkuasa Palestin.

Dilaporkan ini merupakan kali kedua Barrack Obama menggunakan kuasa ekskutifnya sebagai presiden US meluluskan bantuan dana kepada Palestin. Dana-dana tersebut bakal  digunakan untuk bantuan kemanusian di tebing barat dan Gaza termasuk urusan pentadbiran, pembaharuan politik, pembangunan insaniah dan projek yang lain.

AP_president_obama_jef_160623_16x9_992

Bagaimanapun niat murni Obama tersebut tergendala apabila saluran dana itu ditangguh oleh ahli Kongres GOP. Menurut seorang pegawai Jabatan Negara dan beberapa pembantu Kongres yang lain, pentadbiran terdahulu secara rasminya telah memaklumkan kepada ahli Kongres bahawa wang tersebut akan dibelanjakan pada pagi jumaat, iaitu sebelum Donald Trump dilantik menjadi presiden.

Namun, melalui sumber di Rumah Putih, bantahan telah dibuat oleh sebahagian ahli Kongres menyebabkan niat Obama itu ditangguhkan, namun begitu a hanyalah sebagai tanda penghormatan tetapi tidak terikat secara perundangan. Sama-sama kita doakan agar niat murni Obama ini dipermudahkan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Januari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut