Skip to content

Kecacatan Hrithik Roshan yang disembunyikan

Kongsikan artikel ini

Baru baru ini, Hrithik Roshan pelakon Bollywood terkenal menjalani sebuah pengambaran untuk majalah antarabangsa di India. Dia dipasangkan dengan seorang pelakon wanita dan model meningkat naik, Lisa Haydon untuk isu body beautiful. 

Di internet, sudah bertebaran gambar-gambar aksi mereka yang telah dimuat naik namun ada sesuatu yang pelik dan ganjil mengenai gambar yang diambil, sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen dan peminat-peminatnya. Lihat betul-betul, dan apa yang anda nampak?

vogue-india-2017-photo-shoot-hrithik-roshan-lisa-haydon-003

Photo credit: Vogue India

Ya, sekiranya anda dapat saksikan ibu jari Hrithik nampak sangat pelik. Adakah ia kesilapan teknikal dari segi edit sehingga jarinya kelihatan tidak seperti jari lelaki normal. Tidak sebenarnya. Ini kerana Hrithik Roshan memang dilahirkan dengan jari sebegitu, seolah ada jari tambahan di sebelah ibu jarinya.

Hrithik pernah mengakui di dalam satu temu bual bersama media antarabangsa bahawa dia enggan untuk membuang ‘jari tambahan’ nya itu kerana baginya ia adalah satu keistimewaan yang hanya dimiliki oleh individu tertentu sepertinya.

Pernah dipilih sebagai lelaki Asia paling seksi oleh sebuah akhbar British beberapa tahun lalu, Hrithik berkata, “Saya bertuah. Bukan kerana saya dipilih paling seksi. Tapi kerana saya baru sedar Tuhan memberi saya satu ciri ‘hodoh’ yang saya bawa bersama saya sebagai peringatan kepada saya dan orang lain betapa indahnya ‘imperfection’ kita sebenarnya.”

Memberi komen di laman Facebook-nya ketika itu, Hrithik juga berkongsi, “Ibu jari saya ini dulu meloyakan rakan-rakan sekolah. Hari ini saya menge-post-kan kepada berjuta peminat seperti kamu, yang saya tahu sama saja seperti saya – beautifully imperfect. Thank you God for this wonderful life. Jadikan kelemahan kamu sebagai kekuatan kamu. Be proud. You are beautiful. Percayalah.”

Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut