Keluarga Schumacher Lancarkan Inisiatif ‘KEEP FIGHTING’
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran mengenai perkembangan terkini kesihatan Michael Schumacher, juara tujuh kali F1 yang mengalami kecederaan otak yang parah sewaktu bermain ski di Alps, Perancis tiga tahun lalu.
Kali terakhir beliau dikhabarkan menyambung rawatan di rumahnya yang terletak di Switzerland dan pengurus peribadinya, Sabine Kehm memberitahu kondisi kesihatannya masih sama.
Atas sebab itu, baru-baru ini keluarga Schumacher telah melancarkan inisiatif tanpa profit, ‘Keep Fighting’ bagi memberikan inspirasi kepada peminat legenda F1 tersebut agar jangan mudah berputus asa walau dalam apa keadaan sekalipun.
Berdasarkan kenyataan dari pihak pengurusan Schumacher melalui temu bual dengan media antarabangsa baru-baru ini, “Inisiatif ini dianjurkan khas bagi menyalurkan aura dan energi positif untuk ‘terus berjuang’ dan ‘jangan putus asa’ yang diinspirasi dari Michael Schumacher sendiri. Ia merangkumi keberanian, harapan, dan kepercayaan diri. Maka, ini adalah langkah pertama dan kami berharap bermanfaat buat Schumacher dan peminat-peminatnya.”
Isteri kepada Schumacher, Corinna pula memberitahu tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status keadaan kesihatan Michael Schumacher dan ia kekal privasi.
“Kesihatan Michael bukanlah masalah umum, jadi kami tetap tidak akan memberi komen lanjut mengenainya. Kami sedar ia pasti sukar diterima terutama sekali buat peminat-peminat yang menyayangi dan mengaguminya, namun apa yang kami lakukan ini adalah selari dengan pegangan yang dipegang Schumacher selama ini. Beliau ialah seorang yang sentiasa berahsia mengenai kehidupan peribadinya dan enggan dicampur-aduk dengan kerjaya, walaupun ketika berada di puncak kegemilangannya.
“Melalui inisiatif ini kami ingin meraikan kesetiaan para peminat Michael dengan menganjurkan beberapa pameran, interaksi media sosial, aktiviti amal, projek kebajikan dan banyak lagi. Dengan cara ini kami berharap ia dapat mengubah momen-momen sukar ini menjadi sesuatu yang positif,” akhiri Corinna.
Informasi lanjut mengenai inisiatif ‘Keep Fighting’ boleh didapati di pautan di bawah
- www.keepfighting.ms
- facebook.com/keepfighting/
- twitter.com/schumacher
- instagram.com/michaelschumacher/
Fakta mengenai insiden Michael Schumacher:
- Michael Schumacher terlibat dengan kemalangan sewaktu bermain ski pada 29 Disember 2013 di mana kepalanya terhentak batu sewaktu bercuti bersama dengan keluarganya
- Michael Schumacher sudah pun bersara dari sukan F1 setahun sebelum kejadian.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER
Raja Charles III disahkan menghidap kanser prostat baru-baru ini. Bagaimanapun ia bukanlah diagnos barah pertama di kalangan kerabat Britain.
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER
Baru 18 bulan menaiki takhta, Raja Charles III disahkan menghidap barah kelima penyebab kematian lelaki, kanser prostat.
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI
Ada seribu satu sebab mengapa anda sukar melelapkan mata pada waktu malam. Teknik 4-7-8 ini boleh membantu anda lena beradu.
5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT
Lebih 70% golongan dewasa mengabaikan penjagaan kaki yang akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan apabila usia semakin meningkat nanti.
PUMA MENAMAKAN A$AP ROCKY SEBAGAI PENGARAH KREATIF PUMA X F1
Label sukan PUMA dan rapper terkenal, A$AP Rocky secara rasmi mengumumkan long-term creative partnership. Berakar umbi dalam perniagaan sukan permotoran, A$AP Rocky akan berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif dengan tumpuan pada kategori sukan dan streetwear.