Skip to content

Kemenangan dikecam, Harith Iskander tetap bersyukur

Kongsikan artikel ini

Oleh: Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Ini bukan lagi kisah lucu. Satu lagi pencapaian penuh kebanggaan dicapai seorang anak Malaysia, selepas pelawak, pelakon dan pengacara, Harith Iskander diumumkan sebagai juara pada kemuncak pertandingan Funniest Person In The World yang berlangsung di Hullu Poro Arena, Levi, Finland sekaligus dinobatkan Manusia Paling Kelakar di Dunia.

I am so excited and thrilled to have won the title of Laugh Factory's Funniest Person In The World. @laughfactoryhw When I started my career 26years ago, my goal was to unite Malaysians THRU comedy and today – I have an opportunity to unite the world with my brand of Malaysian humour. It was a tough journey, in the semi finals we had Murilo Couto (Brazil- with 2million fans), Michael Mittermeier ( Germany) ,Jimeon (Ireland) -comedy giants in Europe and I'm thrilled to share the stage with them. I'm Glad to be able to kibarkan the Malaysian flag on an international platform, it's time to put comedy from Malaysia On the world map. I'm absolutely grateful to have fans all over Malaysia, and south east Asia, UK, Denmark, Aust to support my back. It's never possible without my fans! The press has also given me full support so that's always invaluable. The minister of tourism who also supported me in a big way. The covered my flights and accommodation which was a great help! I proudly wore the Tourism Malaysia shirt on stage to show my gratefulness.@malaysia.truly.asia #malaysiatrulyasia #harithiskander . Thank you Malaysia !

A photo posted by Harith Iskander (@harithiskander) on

Kemenangan manis ini melayakkan Harith membawa pulang hadiah wang tunai RM440,000 (USD$100,000) dan berpeluang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat (AS) secara berbayar (pay-per-view). Kemenangan Harith itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi penganjur, Laugh Factory.

Harith berjaya meraih undian hampir sebanyak 4 juta sekaligus mengetepikan pencabar utamanya iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino Van Nassau dari India dan David Kilimnick dari Israel, serta 80 peserta lain di seluruh dunia.

It was an overwhelming moment on stage when I was officially named @laughfactoryhw Funniest Person in the World (FPTW) by Jamie Masada (Founder of Laugh Factory) – seen here on my right. I was especially proud to carry our national flag and, although it's nowhere CLOSE to an athletic achievement, I felt somewhat like a gold medal winner. Also with me are L-R, @ismo_comedian (Finland) FPITW 2014 @alexcalleja1007 (Philippines) 1st Runner up and @katerinavrana (Greece) 2nd Runner Up. …….. Memang berasa sangat teruja bila Jamie Masada (Pengasas Laugh Factory di sebelah saya) secara rasminya mengumumkan saya sebagai Funniest Person in the World (FPTW) @laughfactoryhw. Lagi membanggakan bila berpeluang menjulang bendera kebangsaan kita. Walaupun memang TAK kena-mengena dengan pencapaian sukan, saya terasa macam menang pingat emas. Juga dalam gambar dari kiri ialah @ismo_comedian (Finland) FPTW 2014 #JamieMasada @alexcalleja1007 (Philippines) Tempat Ke2 @katerinavrana (Greece) Tempat Ke3 #fpitw #laughfactory @lordstailor

A photo posted by Harith Iskander (@harithiskander) on

Melalui temu bualnya bersama media tempatan baru-baru ini, Harith berkata “Kesemua finalis dikehendaki melakukan persembahan komedi di hadapan para juri di pentas akhir, dan disaksikan secara langsung di laman Youtube secara streaming di serata dunia. Alhamdulillah, saya dapat kekalkan momentum sejak awal pertandingan sehinggalah ke pentas akhir.”

Di laman Facebooknya, Harith sempat menyatakan rasa syukur dan bangganya selepas menjuarai pertandingan penuh berprestij ini. “Saya bermula 26 tahun yang lalu dan impian saya adalah untuk menyatukan masyarakat Malaysia melalui komedi dan hari ini, saya berjaya dengan humor gaya Malaysia. Saya bangga dapat kibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa dan sudah tiba masanya kita letakkan komedi Malaysia di taraf antarabangsa. Saya bersyukur dengan sokongan peminat terutamanya di Malaysia, selatan Asia, UK, Denmark dan Australia. Tanpa peminat semua ini pasti sukar untuk menjadi kenyataan.”

Harith Iskandar dijadualkan akan pulang ke Malaysia pada 14 haribulan nanti, dan ketika ini beliau masih berada di Helsinki bersama isterinya Jezamine Lim.

Di laman Facebooknya baru-baru ini, Harith sempat menyatakan rasa syukur dan bertuahnya memiliki seorang isteri yang menjadi tulang belakang akan kejayaannya hari ini, walaupun kemenangannya turut mendapat kecaman segelintir netizen yang kurang berpuas hati dengan kejayaannya itu. Ada yang mempertikaikan kredibiliti lawaknya, ada yang mempersoalkan bahan jenakanya menjatuhkan maruah orang Malaysia dan ada juga yang membangkit itu bantuan besar yang diterima Harith. Namun yang pasti itu hanya segelintir kerana masih ramai rakyat Malaysia yang berbangga dengan kejayaan yang diukir personaliti komedi ini.

“After the storm comes the quiet … in this case, the coffee with my partner in crime and boss lady whom without, I would NEVER have reached the heights that I have. To put it in motoring terms – she is the engine behind this Mustang”.

Harith dalam posting di Instagramnya semalam turut mengukuhkan lagi statusnya sebagai anak jati Johor dan amat berterima kasih atas sokongan padu terutama dari warga Johor.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan dari GLAM Lelaki buat Harith Iskander kerana laluan untuk sampai ke pentas antarabangsa sebegitu bukan mudah tanpa bakat serta kerja keras. Keep up the good work and we are so proud of your achievement!

#harithiskander #funniestpersonintheworld #comedian #komedi #sayaanakmalaysia #malaysiaboleh

 

 

By Izza Ibrahim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut