Tahniah Perak! Sehingga kini, kemenangan Perak menundukkan pasukan Terengganu sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia sabtu lalu masih diperkatakan (ketika artikel ini ditulis pada malam Piala Malaysia 2018 ). Dengan rekod tujuh kali, kemenangan Perak seakan sudah dijangka dari awal lagi. Namun selain ramai yang masih berbicara tentang perlawanan penuh emosi dan drama itu (selain kontroversi pengadil), antara yang trending adalah Brendan Gan. Namun siapakah gerangan pemilik nama tersebut?

Ya, pada malam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, Brendan Gan mempamerkan aksi menarik membantu Perak bergelar juara seterusnya melayakkan beliau dianugerahkan ‘Man of The Match’. Namun tidak disangka, selain bakat aslinya, ramai yang turut memuji kekacakkannya sehingga pengikut di Instagramnya naik mendadak!

Atas sebab itu, GL berkesempatan menyelidik 8 fakta menarik tentang beliau tidak semua tahu.

1 of 9

1.  Pemain tengah berusia 30 tahun ini lahir pada 3 Jun 1988 di Sutherland Shire, Australia dengan nama penuh diberi, Brendan Gan Seng Ling. Berdarah kacukan Cina-Australia. Ayahnya berasal dari Malaysia, dan ibunya pula lahir di Australia.

Foto kredit: brendangan.com

1 of 9