Skip to content

KENALI HAKIMI ISMAIL, PEMBAWA JALUR GEMILANG KE TEMASYA SUKAN KOMANWEL GOLD COAST

Kongsikan artikel ini

 

Atlet lompat kijang negara, Hakimi Ismail membanggakan negara pabila berjaya memenangi pingat emas lompat kijang pada sukan sea kl 2017 lalu. Apatah lagi dirinya turut dipilih sebagai pembawa bendera Malaysia ke Temasya Sukan Komanwel Gold Coast, Australia yang akan berlangsung pada 4-15 April ini. Dengan melakar rekod baru kejohanan sejauh 16.77m, katanya fokus kepada diri sendiri adalah antara faktor penyumbang kejayaannya.

Apakah idea kebahagiaan sempurna?

Bebas dari tekanan dan kesakitan juga menjalani kehidupan bersama orang-orang yang tersayang.

Perkara paling ditakuti?

Gagal ketika mengharungi detik-detik terpenting.

Individu paling dikagumi?

Ibu saya kerana dia tidak pernah penat membesarkan kami.

Bahagian penampilan tidak disukai?

Muka saya ada kesan-kesan jerawat.

On what occasion do you lie?

Jikalau bercakap benar akan lebih merosakkan keadaan.

Perkataan atau frasa paling kerap disebutkan?

“Eh?”

Perkara paling dikesali?

Mengalami kecederaan sebelum temasya Olimpik 2016. Saya seharusnya lebih berhati-hati pada waktu itu.

Bila dan di manakah tempat anda rasa paling gembira?

Memecah rekod Sukan SEA buat pertama kali dan memenangi pingat emas untuk Sukan SEA 2015.

Apakah bakat sering anda impikan?

Menjadi pembicara awam.

What is your current state of mind?

Rasa tenang dan damai.

Jika ada satu perkara tentang diri anda yang boleh diubah, apakah perkara itu?

Tiada kerana saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

Pencapaian terbaik?

Pencapaian saya bergantung kepada prestasi saya dalam ‘triple jump’. Setakat ini, lompatan terbaik saya ialah sewaktu di Sukan SEA KL 2017 yang lalu kerana saya berjaya memecah rekod temasya milik saya. Harapnya, prestasi saya akan bertambah baik lagi di masa akan datang.

What is your most treasured possession?

Anak saya.

Sifat paling menyerlah pada karakter anda?

Sukakan cabaran.

Perkara paling dihargai dalam teman-teman anda?

Kejujuran.

Cabaran terbesar?

Bersaing dengan kebolehan saya.

Lelaki tak patut…

Mengambil dadah dan merokok.

Perkara terbaik pernah dikatakan tentang saya adalah…

Sopan dan merendah diri.

What is one thing you want to see it plenty and free in this world?

Kasih sayang dan kedamaian.

Women should always…

Sopan dan lemah lembut.

Perkara yang dinantikan dalam masa enam minggu lagi?

Pertandingan pertama untuk tahun 2018.

Definisi lelaki alfa?

Bijak, fit dan yakin.

Being rich or poor, which one will you choose and why?

Wang bukanlah segalanya, namun tanpa wang tiada apa yang boleh kita lakukan. Oleh itu, saya mahu jadi kaya dan bantu mereka yang memerlukannya.

Perkara pelik tentang diri anda?

Kaki kanan saya lebih kuat tetapi kala melompat saya lebih suka gunakan kaki kiri saya.

Anda di masa sepuluh tahun akan datang?

Menjadi ketua untuk syarikat milik saya sendiri.

What are you are passionate about?

Sukan dan gajet.

Perkara yang tak disukai?

Saya tak suka orang yang berkasar dengan ibu bapa mereka.

The biggest misconception about me?

Ramai yang menganggap saya bangsa Cina disebabkan mata saya yang sepet.

Tip grooming?

Cukur jambang setiap hari.

Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Johan Kassim

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut