Skip to content

KENALI TENGKU HASSANAL IBRAHIM, TENGKU MAHKOTA PAHANG YANG SEGAK & BERPENDIDIKAN

Kongsikan artikel ini
1 of 7

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah baru-baru ini dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang. Istiadat pelantikan dan pemasyhuran itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini di hadapan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang yang baru dimasyhurkan, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. (Sumber: Astro Awani)

Pelantikan Tengku Hassanal sebagai Pemangku Raja Pahang bagi menggantikan ayahanda baginda yang bakal melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Selain istiadat yang penuh adat resam serta tradisi Kesultanan Melayu, ramai netizen mengakui teruja malah turut terpaku dengan aura, personaliti dan ketampanan Tengku Hassanal Ibrahim.

Dan baru-baru ini, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah kini bakal pulang ke tanah air setelah tamat ditauliahkan sebagai pegawai tentera di Royal Military Academy Sandhurst. Ia dirasmikan oleh Sophie, Countess of Wessex, sebagai mewakili Ratu Elizabeth II.

Oleh itu, GL sempat menyelidik dan ini beberapa fakta menarik tentang Tengku Hassanal menerusi biodata rasmi Tengku Mahkota Pahang yang dikeluarkan oleh Istana Abu Bakar.

Foto: Instagram @imanabdullah

Foto: Astro Awani

Foto: Instagram @this.7

1 of 7

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG

Bacaan Lanjut