Skip to content

KENALI YUBI BAND, BAND BAKAL GEGAR INDUSTRI MUZIK POP & ROCK ALTERNATIF

Kongsikan artikel ini

Sudahkah anda menonton mini siri Inspirasi Cinta yang menampilkan gandingan hebat pelakon dari dua negara, Miller Khan dan Ain Edruce di semua laman YouTube majalah berbahasa Melayu BluInc Media? Salah satu lagu temanya, Malam Bintangmu nyanyian Yubi Band telah menarik perhatian ramai. Jelita kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Yubi Band.

1. PERMULAAN YUBI BAND

Mula dibentuk pada 7 Jun 2015, Yubi Band adalah sebuah kumpulan muzik Pop/Rock Alternatif. Sebelum membentuk sebuah band, Yubi adalah seorang penyanyi solo pada tahun 2013 menerusi lagu Tentang Kamu, hasil ciptaan Ajam Dichi Michi dan Yubi sendiri. Single “Malam Bintangmu” telah menjadi taruhan single pertama kumpulan itu setelah ditubuhkan sebagai satu kumpulan. Yubi Band terdiri daripada lima orang ahli iaitu vokalis Yubi, gitaris utama, Razi, gitaris kedua, Mubin, basis/cello, Therry dan Andhika yang memegang posisi drummer. Pada awal tahun 2016, tiga daripada anggota asalnya iaitu Razi, Andhika dan Therry telah mengundurkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan Yubi Band terbentuk apabila Razi (EX gitarist pertama) telah mengajak untuk menukar Yubi menjadi Yubi Band.

2. PENCAPAIAN

Walaupun Yubi Band baharu sahaja ditubuhkan, mereka sudah mencapai matlamat yang begitu membanggakan. Lagu Tentang Kamu, hasil ciptaan Ajam Dichi Michi dan Yubi sendiri telah tercalon dalam TOP 5 Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 20. Selain itu, Yubi Band juga turut terpilih untuk menyanyikan lagu tema filem animasi kegemaran ramai iaitu Upin Ipin The Movie & Jakarta.

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut