Skip to content

KRONOLOGI KEMATIAN DOLORES O’RIORDAN DARI THE CRANBERRIES YANG MENGEJUTKAN!

Kongsikan artikel ini

Bintang dan lead singer kumpulan The Cranberries, Dolores O’Riordan yang popular dengan lagu Zombie itu dilaporkan meninggal dunia semalam (waktu Malaysia). Perkhabaran duka ini nyata mengejutkan apatah lagi lagu-lagu band ini menjadi siulan dan halwa telinga remaja-remaja zaman ’90-an. Apatah lagi, punca kematian masih menjadi tanda tanya. Berikut adalah kronologi kes kematiannya yang perlu anda tahu.

1- Dolores O’Riordan berusia 46 tahun ditemui meninggal dunia secara mengejut di London menurut laporan dari pegawai serantanya, namun tiada sebarang maklumat penuh yang diberikan tentang punca kematiannya.

2. Penyanyi itu berada di London untuk sesi rakaman pendek. Teman kepada bintang The Cranberries, Pengarah Urusan Eleven Seven International, Dan Waite menyatakan terkejut dengan kematian mengejut Dolores kerana dia baru beberapa jam sahaja berhubung dengannya.

3. Menurut laporan PEOPLE, pemuzik Irish itu meninggalkan satu pesanan suara ke nombor temannya itu beberapa jam sebelum kematiannya. “Dolores meninggalkan saya satu pesanan suara selepas tengah malam tadi menyatakan bagaimana dia terlalu sukakan lagu Zombie versi Bad Wolves. Dia berharap dapat bertemu dengan saya di studio dan merakam lagu,” ujar Waite.

4. Tambahnya lagi, “Dia kedengaran baik-baik belaka, sempat berjenaka dan teruja untuk bertemu dengan saya dan isteri pada minggu ini. Berita kematiannya sangat memeranjatkan dan perasaan simpati saya buat Don, bekas suaminya, anak-anaknya serta ibunya,” tambahnya lagi.

5. Dolores dijadualkan untuk merakam suaranya di London pada hari kematiannya. Penyanyi Bad Wolves, Tommy Vext berkongsi kenyataan tentang kematian Dolores di Facebook semalam.

6. Jelasnya lagi, “Kami sangat terkejut dan bersedih atas berita kematian Dolores, hanya beberapa jam sebelum dia sepatutnya merakam suaranya untuk lagu Zombie versi baru. Kami sentiasa menghormati dia sebagai seorang artis dan seorang penyanyi vokal dan dia tidak pernah takut untuk menanggung jiwanya dalam muzik dan liriknya,” ujar Vext.

Dalam memori. Dolares bersama band member, The Cranberries.

Rest in peace Dolores! You’ll be missed…

Oleh Wan Mohd Firdaus, 16 Januari 2018 (Sumber: EH!)

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”

RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”

Bacaan Lanjut

BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU

Bacaan Lanjut

YUSSEF DAYES BAKAL BERAKSI BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
KOLABORASI UNIK PHARRELL WILLIAMS & BTS

KOLABORASI UNIK PHARRELL WILLIAMS & BTS

Bacaan Lanjut
KEJUTAN BUAT PEMINAT, UNGU LANJUTKAN KONSERT SATU HARI LAGI

KEJUTAN BUAT PEMINAT, UNGU LANJUTKAN KONSERT SATU HARI

Bacaan Lanjut
FESTIVAL DAN KONSERT MUZIK MENARIK DI ASIA 2022

FESTIVAL DAN KONSERT MUZIK DI ASIA 2022

Bacaan Lanjut