Skip to content

MESSI BAKAL DIPENJARAKAN?

Kongsikan artikel ini

Akibat gagal dalam rayuan, mahkamah Agung Sepanyol mengekalkan keputusan mahkamah Barcelona yang menjatuhkan hukuman sehingga 21 bulan penjara terhadap bintang bolasepak dunia, Lionel Messi dan bapanya kerana penipuan cukai.

Pemain antarabangsa Argentina itu dan bapanya, Jorge Horacio Messi, dituduh menipu cukai berjumlah €4.1 juta antara 2007 dan 2009 selepas gagal membayar €10.1 juta untuk hak cipta imej. Bagaimanapun hukuman terhadap bapanya telah dikurangkan kepada 15 bulan berikutan pemain itu telah membayar semula jumlah wang yang ditipu.

Namun di bawah undang-undang Sepanyol, melainkan jika terdapat kesalahan terdahulu, hukuman penjara kurang dari dua tahun seringkali tergantung mengikut budi bicara mahkamah, seperti yang dijangka  berlaku dalam kes ini. Atas alasan itu, Messi dijangka tidak akan dipenjara dan boleh terus bermain bola sepak. Messi juga memberitahu bahawa beliau tidak banyak ambil tahu tentang urusan kewangan yang dibuat. Sewaktu prosiding, Messi menjelaskan, ‘Saya berdedikasi untuk bermain bola sepak,” Messi memberitahu mahkamah Barcelona.

Sumber: @malaysia1news

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Mei 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut