Skip to content

MILIKI ALBUM SENDIRI, IMPIAN FAZURA AKHIRNYA JADI KENYATAAN

Kongsikan artikel ini

Berlakon sudah, mempunyai rangkaian pakaian sendiri pun sudah malah mempunyai program realiti sendiri, kini Fazura melangkah setapak lagi dengan melancarkan album pertamanya baru-baru ini. Majlis pelancaran yang berlangsung penuh gilang gemilang di Hotel One World itu turut menyaksikan Fazura dilantik sebagai duta Produk Sahajidah Hai-O Marketing. Paling membanggakan, self-titled albumnya itu juga telah terjual sebanyak 5,000 unit sejak berada di pasaran pada 23 Oktober lalu. Kejayaan itu melayakkan Faz menerima anugerah emas daripada syarikat rakaman naungannya, Universal Music. Hebat!

Malah, kami di GLAM Lelaki merasakan sudah jelas peningkatan pada vokal Fazura sewaktu beliau mendendangkan lagu Bangun sewaktu pelancaran albumnya semalam. Fazura juga dilihat sebak sewaktu mendendangkan lagu tersebut, mungkin dirinya sendiri tidak menyangka impian untuk memiliki album dengan namanya sendiri tertunai. Turut dipertontonkan buat pertama kali ada muzik video untuk lagu Inggerisnya, Only God Knows. 

 Jadi, apa yang menarik tentang album ini? Sudah pasti lagu-lagunya. Album istimewa ini menampilkan sembilan buah lagu iaitu Cinderella (duet Fattah Amin), Cinta Langka (feat Ariadinata SamSons), Bangun, Bisa Apa, Lalu, , Hanya Tuhan Yang Tahu, Only God Knows dan Sayangi Dirimu. Lagu Only God Knows adalah lagu terjemahan daripada sebuah lagi lagu bahasa Melayu iaitu Hanya Tuhan Yang Tahu. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dikhabarkan bakal menjadi lagu tema filem lakonan Faz berjudul Lahzeye Bi Payan, arahan Bernard Chauly.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tommy Hilfiger Malaysia

TOMMY HILFIGER MERAIKAN KOLEKSI FALL 2023 BERSAMA FOURTH NATTAWAT, GEMINI NORAWIT DAN NANI HIRUNKIT

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut
Fattah Amin

THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
hairul azreen bersara

HAIRUL AZREEN UMUM BERHENTI BERLAKON

Bacaan Lanjut

TIDAK DIMAMAH USIA, INI 7 SELEBRITI LELAKI MILIKI WAJAH AWET MUDA

Bacaan Lanjut
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

Bacaan Lanjut