Skip to content

ODISI EPIK REMY ISHAK

Kongsikan artikel ini

Setakat ini, tahun 2018 mengisyaratkan suatu perkembangan positif dan signifikan dalam senario sinema tempatan. April lalu, filem One Two Jaga terbitan Bront Palarae dengan arahan Namron telah pun dipilih untuk membuka Far East Film Festival yang berlangsung di Udine, Italy. Dalam bulan yang sama, filem Dukun yang bagaikan diperam sejak produksi asalnya lebih daripada satu dekad yang lalu, akhirnya diluluskan untuk tontonan umum, lantas berjaya meraih kutipan box office mencecah RM10 juta.

Dan sekiranya takdir menyebelahi mereka, mungkinkah giliran filem Pulang arahan Kabir Bhatia pula untuk meneruskan gelombang sinematik ini dengan mencipta fenomenanya tersendiri apabila ia ditayangkan kepada umum mulai bulan depan?

Berdasarkan promosi dan desas-desus industri, filem Pulang punya potensi besar untuk menggegarkan arena filem lokal. Mana tidaknya? Dengan sentuhan pengarah Kabir Bhatia dan sutradara Mira Mustaffa, pasangan yang cukup disegani dengan gaya penceritaan yang menyayat hati. Dipikul pula oleh aktor penuh kaliber dalam bentuk Remy Ishak. Dihasilkan oleh Primeworks Studios yang telah membelanjakan bajet terbesar dalam sejarah produksi mereka untuk filem ini. Dari segi idea, produksi dan juga ambisi, this film is going to be epic.

Dan ceritanya sendiri amat menyentuh hati. Filem Pulang ialah hasil idea asal Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar, berdasarkan kisah benar yang telah berlaku terhadap keluarganya sendiri. Filem epik ini berinspirasikan odisi datuk kepada Ahmad Izham sendiri, yakni Othman lakonan Remy Ishak.

“It’s based on a true story,” Remy membuka cerita, “berkenaan seorang nelayan bernama Othman yang mengahwini seorang gadis kampung, Che Thom, yang datang daripada orang yang berkedudukan pada zaman tu. Setelah memiliki Thom, terasa satu tanggungjawab yang besar dalam diri Othman untuk membahagiakan keluarga dan orang sekeliling dia. Othman mahu isterinya bangga dengan kejayaan dia. Jadi, Othman membuat keputusan pergi berhijrah untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kewangannya demi isteri, anak dan orang kampung. Dan dari situlah pengembaraan Pulang itu bermula. Dan kenapa tajuk ‘Pulang’ itu sendiri punya impak besar pada diri

Othman dan pasangannya Thom yang mengharapkan kepulangannya.” Remy Ishak merupakan satu-satunya pelakon pilihan Kabir Bhatia untuk memeran watak Othman, langsung melanjutkan lagi kolaborasi di antara mereka berdua setelah siri drama dan filem Nur Kasih (2009-11), juga filem Sembunyi: Amukan Azazil (2013). “Whatever that comes from Kabir, susah untuk sesiapa pun cakap, ‘No.’” akui Remy yang sudah pun mencecah 36 tahun.

“Walaupun ada beberapa projek lain dengan Kabir sebelum ni, Remy tahu apa yang datang daripada Kabir pastinya sesuatu yang lain daripada yang lain. Kabir ni jenis yang suka mencuba sesuatu di luar batas kemampuannya. Jadi, selepas dia beritahu skrip pasal nelayan ni, Remy rasa kisah dan penceritaan naskhah itu sendiri sudah cukup kuat untuk meyakinkan Remy.”

GL: Apakah perbezaan bekerja dengan Kabir Bhatia dalam filem Pulang berbanding projek-projek lain?

RI: Bezanya, pengalaman tu jadi lebih mudah. Sebab sebelum ni saya masih lagi cuba mendalami apa yang Kabir mahukan dari segi requirement sesuatu adegan. Jadi sukar untuk saya mengagak tahap mana yang dia mahu pada lakonan saya. Tapi selepas beberapa projek bersama, sekarang saya dah tahu apa yang dia mahukan. Kabir tak perlu explain kali kedua dah, sebab saya dah dapat tangkap.

Satu hal lagi, kali ini Kabir meletakkan sepenuh jiwa dan raganya dalam filem ni. Cara dia mengarah setiap babak tu sangat detail. Seolah-olah Pulang ada suatu nilai sentimental pada dirinya, saya pun tak tahu. Tapi jelas saya nampak. This was a different Kabir daripada personaliti dan cara dia mengarah team dia sebelum ni.

GL: Pulang merupakan filem bajet terbesar pernah dibelanjakan oleh Primeworks Studios. Sebagai pelakon utama, untuk memikul tanggungjawab…

RI: Oh berat. Sangat berat! Walaupun sesebuah filem tu orang cakap sebenarnya tanggungjawab seorang pengarah yang membuat storytelling dan produser yang dah keluarkan duit yang banyak. Tapi as part of the team, tanggungjawab pada Remy sendiri, berat. Susah untuk saya jelaskan. Walaupun kita ni satu nama yang dipercayai oleh penonton di luar, kepercayaan yang diberi oleh pengarah dan produser untuk saya tarik minat penonton dan jual projek ini kepada mereka… berat. Kerana hari ini sukar untuk meramal apa yang penonton di pawagam mahu. Minat mereka berubah ubah dari masa ke semasa. Kadang-kadang lebih kepada kisah cinta, tapi boleh jadi orang tak suka dan mereka tiba-tiba beralih arah ke genre lain. Inilah orang kata bila saya jadi pelakon utama, ia jadi beban yang besar untuk menarik minat orang ramai untuk datang menonton filem ini.

GL: Cabaran terbesar sepanjang penggambaran Pulang?

RI: Banyak babak yang mencabar. Antaranya lokasi di Hulu Langat, yang melibatkan 500 pelakon…

Untuk bacaan lanjut dapatkan isu Jun 2018 yang kini sudah berada di pasaran.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

alif satar

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

7 HERO MALAYA MASA KINI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

Bacaan Lanjut
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut