PESANAN TERAKHIR ‘LOGAN’ YANG MENYENTUH HATI

​Pasti semua tahu, filem Logan adalah filem terakhir lakonan Hugh Jackman yang membawa watak ikonik itu dalam tempoh 17 tahun pembabitan beliau dalam industri perfileman Hollywood. 

Watak Wolverine muncul dalam kesemua sembilan francais filem X-Men keluaran Marvel yang diterbitkan 20th Century Fox, bakal membuat kemunculan terakhir dalam filem Logan yang berlatarbelakangkan tahun 2024. Yang pasti, selepas 17 tahun mengalas watak adiwira ini, all good things must come to an end. Khabarnya atas faktor kesihatan dan usia, sudah tiba masanya Hugh Jackman ‘melepaskan’ watak ikonik ini untuk digalas aktor lain.

Ditemui sewaktu tayangan perdana filem Logan di New York melalui temubual bersama JustJared, ini pesanan emosi terakhir Hugh Jackman kepada semua peminatnya  khusus kepada peminat tegar Wolverine.

Ini semua seakan mimpi. Selepas 17 tahun, saya seakan sudah menemui kesemua peminat Wolverine dan XMen. Sejujurnya, semua yang berlaku dalam tempoh 17 tahun ini tidak akan berlaku tanpa mereka semua. Saya sayangkan watak inidan saya sayanganda semua..’

Hugh Jackman dan Patrick Stewart sewaktu majlis tayangan umum filem Logan di New York. Khabarnya, ini juga merupakan filem terakhir Patrick Stewart yang membawakan watak Professor X. (Photo credit: JustJared)

Terima kasih Hugh Jackman atas kenangan 17 tahun membawa watak Wolverine. This character will never be the same without you

Photo credit: JustJared.com

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Februari 2017

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.