Skip to content

RANDY PANGALILA LANCARKAN MINYAK WANGI ‘THE SECRET’

Kongsikan artikel ini

​Hari ini, bertempat di Hotel Sunway Putra  KL, berlangsungnya majlis perlancaran produk minyak wangi terbaru iaitu ‘The Secret’ Randy Pangalila oleh Bellessa. Di majlis ini, Randy turut diperkenalkan sebagai duta rasmi produk ini. 

‘The Secret’ Randy Pangalila adalah produk minyak wangi terbaru keluaran AHR Global Beauty Sdn Bhd di bawah jenama ‘BELLESSA’ yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, Encik Ahmad Akram Ghazali dan Puan Azlin Hilda Abd Latif. Pemilihan Randy bertepatan memandangkan pelakon ini mempunyai pakej lengkap serta memiliki keperibadian yang mudah didekati dan disenangi.

Bakal dipasarkan secara serentak pada 1 Mac di Malaysia dan Indonesia, wangian istimewa ini akan didatangkan dengan 2 bauan, iaitu ‘woody floral aromatic’ for HIM dan ‘floral fruity aromatic’ for HER. Yang istimewanya setiap pembelian, pelanggan akan mendapat album terbaru solo dari Randy secara percuma berjudul ‘The Secret’.

Antara lagu yang terdapat di dalam album ini adalah Katakan Maumu, Maafkan, Sampai Akhir Waktu dan banyak lagi. Album solo ini juga merupakan ‘comeback’ dari Randy setelah lama menyepi di dalam industri seni muzik Malaysia. Tahniah Randy! 


Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Februari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut