Skip to content

5 FAKTA MAGGIE & PARUL, RATU CANTIK YANG MENJUARAI THE AMAZING RACE ASIA 5

Kongsikan artikel ini
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Dua ratu cantik dari Filipina akhirnya menyelar tanggapan bahawa mereka sekadar memiliki rupa paras menawan apabila semalam, Maggie Wilson dan Parul Shah dari Filipina, dinobatkan sebagai juara dalam rancangan pertandingan realiti tv terkenal, The Amazing Race Asia musim kelima (TARA5). Kemenangan ini melayakkan dua sahabat baik ini membawa pulang wang tunai sebanyak US$100, 000.

1q15109378_1321328601225423_5976461589490168104_nsdg

Parul & Maggie

“Kami berjaya, dan siapa menyangka ratu cantik boleh menjuarai perlumbaan ini? Filipina pastinya berbangga dan sekarang kami sudah boleh membantu keluarga kami,” jelas Maggie dan kemudiannya memeluk Parul sambil kedua-duanya menitiskan air mata sewaktu mereka diumumkan sebagai yang pertama sampai ke destinasi terakhir oleh Alan Wu, pengacara TARA5 yang ditayangkan semalam menerusi saluran Astro 701 /721 (HD).

15420761_1195876410449687_1647021315589686847_n

Dalam temubual bersama media baru-baru ini, ujar Maggie, “Kami tidak kisah dianggap underdog sepanjang perlumbaan ini. Kami suka melihat orang beranggapan kami hanya tahu memakai make-up dan kasut tumit tinggi, sambil melambai-lambai seolah ada mahkota di atas kepala kami. Dan sekarang kami sudah buktikan yang kami juga boleh berjaya atas usaha keras seperti kumpulan-kumpulan lain.”

Ditanya bagaimana mereka berdua ‘terus hidup’ dalam perlumbaan penuh cabaran ini, Parul berkata, “Kami sangat rapat namun kami berdua cukup berbeza. Walau apa jua cabaran, kami jauhkan diri dari bertelagah sesama sendiri. Yakin dan jangan mudah berputus asa.”

Berikut adalah 5 fakta menarik mengenai Maggie Wilson dan Parul Shah, juara TARA5:

1. Maggie Wilson-Consunji, gadis campuran British dan Filipina merupakan pemegang gelaran Miss World pada tahun 2007, manakala Parul Shah, yang berdarah kacukan India dan Filipina memenangi gelaran Miss Pilipinas-Tourism pada tahun 2014, dimana dia mendapat tempat ketiga.

15400935_1349896715035278_6452399229888388519_n

2. Ia adalah impian Maggie untuk menyertai perlumbaan ini setelah melihat rakan-rakannya, Rovilson Fernandez dan Marc Nelson yang pernah menyertai The Amazing Race Asia sewaktu musim kedua.

3. Maggie memilih Parul untuk menjadi teman seperjuangannya. Dan Parul hanya bersetuju jika Maggie menjadi partner-nya kerana sebelum ini mereka berdua memang saling mengenali dan cukup rapat.

4. Selain daripada Maggie menjadi partnernya, Parul bersetuju menyertai perlumbaan ini dengan hasrat membantu ayahnya yang menghidap strok. Dikhabarkan ayahnya diserang strok sekali lagi ketika Parul masih lagi dalam perlumbaan.

5. Maggie dan Parul adalah pasukan kedua dari Filipina yang memenangi The Amazing Race Asia. Sebelum ini, Richard Herrera dan Richard Hardin dinobatkan sebagai juara pada tahun 2010.

Tahniah kami ucapkan kepada Maggie dan Parul. Tidak lupa juga kepada Yvonne dan Chloe, wakil tunggal dari Malaysia yang merangkul tempat kedua dalam TARA5.

Photo credit: FB Maggie Wilson dan The Amazing Race Asia

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut