Skip to content

REDHA ROZLAN

Kongsikan artikel ini

JANUARI 2015

NAMANYA MENJADI SEBUTAN SETELAH MENJUARAI PROGRAM ‘FEAR FACTOR MUSIM KEDUA’ BERGANDINGAN BERSAMA AKTRES, ERIN MALEK. BERPERWATAKAN AKTIF, TANGKAS JUGA BERSEMANGAT TINGGI ADALAH GAMBARAN SEBENAR PERSONALITI REDHA ROZLAN.

Teks & Penyelaras: Johan Kassim
Gambar: Edmund Lee
REDHO

Apakah idea kebahagiaan sempurna?
Sentiasa berpuas hati dengan keputusan sendiri Perkara paling ditakuti? Takut akan kekalahan dalam apa jua situasi. Contohnya dalam menyertai sesuatu pertandingan.

Siapakah individu paling dikagumi?
Usain Bolt. Kerana dia berjaya menjadi atlet paling berjaya dalam sepanjang tiga puluh tahun dalam sejarah ‘the athletic world championships’.

On what occasion do you lie?
Pabila saya bercakap semasa tidur.

What is your favourite journey?
Tentunya, pengembaraan saya ke Capetown, Afrika Selatan untuk program Fear Factor Malaysia. Pemandangan di sana sangat mendamaikan dan cuacanya sangat sejuk. Walaupun dalam hati berdebar-debar memikirkan cabaran seterusnya tetapi saya masih enjoy sepanjang pengembaraan.

Bahagian penampilan tidak disukai?
Tiada. Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Cukup segalanya.

Perkataan atau frasa kerap disebutkan?
“Serious?”

Perkara paling dikesali?
Pernah melepaskan peluang sedangkan saya mampu melakukannya lebih daripada pengganti tersebut.

Siapa atau apakah cinta teragung dalam hidup anda?
Keluarga saya.

Bila atau di manakah tempat anda berasa gembira?
Sewaktu kecil di mana saya tinggal di rumah ibu bapa dan bagi saya, itu fasa hidup paling gembira. How I wish I could have it back!

Apakah bakat yang sering anda impikan?
Berkebolehan fikir secara relevan dengan pantas.

What is your current state of mind?
Saya mahu ubah cara hidup keluarga saya dengan berkembang lebih baik daripada sebelumnya.

Jika ada satu perkara tentang diri anda yang boleh diubah, apakah perkara itu?
Saya mahu jadi kanak-kanak semula kerana tiada banyak masalah perlu difikirkan. Pencapaian terbaik? Saya belum capai apa-apa lagi setakat ini kerana saya perlukan lebih banyak lagi pencapaian.

What is your most treasured possession?
Pertama adalah keluarga saya dan seterusnya adalah isteri saya yakni individu yang boleh saya percayai.

What do you regard as the lowest depth of misery?
Sukar mendefinisikan ‘misery’, tetapi pada saya, kematian anak kecil adalah suatu tragedi paling sukar untuk dilalui. Ia luka paling dalam. What is your marked characteristic? Mudah rasa simpati.

Apakah perkara yang paling dihargai dalam teman-teman baik anda?
Sikap boleh dipercayai dalam diri mereka.

Hero anda?
Ibu. Dia pembakar semangat saya.

Perkara tidak disukai?
Peperiksaan, kematian dan ‘fake people’.

Motto anda?
‘Forgive but don’t forget’ dan ‘Do more before you go home’.

Kejayaan itu…?
Semua orang mahukan kejayaan. Tetapi bukan semua orang bernasib baik. Saya juga mahu mengecap kejayaan demi memenuhi kehendak diri. Cuma usaha yang gigih serta kesabaran yang mampu membuat kita melangkah jauh. Rancangan TV suka tonton? Filem aksi dan perlawanan sukan.

How were you as a kid?

Sangat nakal! Saya sering keluar selepas pulang dari sekolah dan bermain sehingga lewat petang. Pernah sekali, saya bermain berhampiran longkang besar dan arus air longkang ketika itu sangat deras. Entah macam mana, selipar saya terjatuh dalam longkang tersebut dan semasa mahu turun dan mengambil semula selipar itu, saya tergelincir dan hanyut dibawa arus. Mujur saya sempat berpaut pada sebatang pokok besar bagi menyelamatkan diri.

Sarapan kegemaran?
Cucur pisang masakan mak saya.

Genre buku kegemaran?
Suspens dan komedi.

Di manakah diri anda dalam masa 10 tahun akan datang?
Harapnya berada di tahap yang meyakinkan di mata dunia. In shaa Allah!

If you could go on a road trip where would you go?
Capetown, Afrika Selatan.

What is it that you are passionate about?
Menjadi kreatif dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Tip grooming?
Memakai pakaian yang selesa dan sentiasa tampil wangi.

 

By Thomas
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut