Skip to content

REZA RAHADIAN

Kongsikan artikel ini

JANUARI 2015

SETELAH WATAK MANTAN PRESIDEN INDONESIA PAK HABIBIE DIMAINKAN DENGAN JAYA, REZA RAHADIAN SEWAKTU DIPOTRETKAN SEDANG MENJALANI PENGGAMBARAN FILEM BIOPIK TJOKROAMINOTO NASIONALIS TERKENAL INDONESIA. SEMANGAT DAN CINTANYA PADA SENI LAKON, SERTA IBU, PENDORONG TERBESAR KEJAYAANNYA

Teks & Penata Gaya : Azreezal Hafidz
Gambar : Chuan Looi / Yipieyaya Studio
Pakaian : Calvin Klein Collection
Grooming : Fendi Sani
Kasih Kepada : Plaza Indonesia & Grand Hyatt
GL24667

Di ruang courtyard berbumbung suite terbesar Grand Hyatt Jakarta, usai penggambaran saya duduk berbual dengan Reza buat kali pertama selepas lama mengagumi lakonannya dalam filem sahaja. Reza datang bersama pembantunya. Sebaik sampai dia terus duduk di hadapan cermin untuk ditata rias. Dia memasang lagu-lagu kegemarannya dimainkan daripada smartphone. Lagu- lagu opera berkumandang dan salah satunya termasuk juga dendangan Barbra Streisand. Bagi saya cita rasa muzik Reza sungguh menarik. Kemudian dia mengeluarkan buku untuk dibaca. Ralit dia membaca sambil mendengar muzik dan membiarkan sahaja wajahnya ditata rias.

“Watak kamu sebagai Pak Habibie sungguh berkesan. Kamu banyak membuat research sebelum mula penggambaran?” Jawab Reza, “Saya duduk berbual tujuh jam dengan Pak Habibie sebelum penggambaran. Selain melalui pembacaan, saya juga mahu mengenal karakter Pak Habibie sebaikbaiknya supaya saya dapat ‘menjadi’ dia dalam filem itu nanti. Dan hari ini kami menjadi teman. Paling kurang seminggu sekali pasti ketemu Pak Habibie untuk makan malam atau minum-minum. Kerana saya suka berbual dengannya.” Reza suka berborak-borak dengan orang lebih tua daripadanya.

Ditanya tentang projek terbarunya, dia menjawab, “Saya sedang dalam penggambaran bersama pengarah Garin Nugroho. Biopik tentang Hadji Omar Said Tjokroaminoto, nasionalis Indonesia sebelum adanya nama Indonesia lagi.” “Research lagi ya…?” “Ya, dua bulan melalui pembacaan sahaja yang diberikan Nagrin. Berbual dengan keturunan Tjokro. Tetapi Nagrin juga memberi kebebasan kepada saya untuk bereksperimen dengan lakonan saya. Formula saya sendiri. Etika lakonan saya sendiri dengan mengikut garis merah yang dia sediakan.” Penggambaran baru habis 30 peratus (waktu temu bual) dan filem ini bakal ditayangkan Mac 2015.

GL24506

TENTANG IBU YANG PALING MEMPENGARUHI

Saya membaca tulisan tentang Reza sebelum ini, ibu banyak mempengaruhi hidupnya. “Ibu saya bekerja dengan syarikat minyak dan gas. Tetapi dia belajar kesusasteraan. Dia juga seorang penari Bali. Pandai bermain piano. She’s wonderful. Dia sangat meminati seni. Dia juga yang mempengaruhi saya menjadi artis. Ajarnya pada saya, hidup saya ini ibarat kanvas dan saya adalah berusnya. Tapi saya juga harus fokus. Dan konsisten dalam melakukan apa yang saya suka. Apabila kamu sudah mencapai titik di mana kamu sudah mencapai apa yang kamu mahu, barulah kamu boleh membuat apa sahaja yang lain-lainnya.”

Reza terlalu banyak bergantung pada ibunya dalam mengemudi hidup. Dia juga bercerita dan meminta pandangan ibunya tentang semua perkara dalam hidupnya. Tentang kehidupan peribadi, tentang filem tentang skrip juga. “Kami banyak bercakap. A lot even the script. Even when I’m pissed off with my work. Tentang segala-galanya. Ini juga ketakutan terbesar saya. What if she’s gone?” “Ya that’s scary right?” “Hmmm… That’s also another problem for me to solve when it comes.”

GL24738

AKTOR ITU ARTIS…

Reza berada dalam dunia seni. Dan kelihatan seperti dia sangat menyukai dan seronok dengan seni. Apakah seni itu mengayakan diri? “Banyak pelakon di Jakarta menerima tawaran berlakon sinetron kerana ia memberi pulangan lumayan. Saya pula tidak boleh hanya bekerja untuk wang. Saya lebih suka berada di set, merokok dengan kopi di tangan, kostum tersedia untuk watak saya – itu perasaan paling indah buat saya.”

“Saya rasa bebas. Menjadi apa pun yang saya mahu. Menjadi apa yang tidak boleh saya jadi dalam hidup sebenar. Kerjaya saya bukan lagi tempat saya bekerja tetapi tempat saya bermain. Playground tempat paling menggembirakan bagi kamu waktu kecil kan? Begitulah dunia saya yang begitu playful. Saya gembira melakukannya.”

Bermakna Reza lebih terdorong memilih minat berbanding wang. Biarpun Reza mengakui dia bukanlah orang yang sangat spiritual tetapi dia percaya bahawa Tuhan akan sering membantu orang yang kuat bekerja. “Saya percaya dia selalu lihat orang bekerja keras. Tetapi bukanlah bermakna kita perlu bekerja terlalu kuat tetapi harus bijak dalam bekerja. Percayalah kamu tidaklah akan sampai melarat di tepi jalan misalnya.”

*Ingin membaca edisi lengkap artikel ini? Dapati isu GLAM Lelaki Januari 2015 versi digital sekarang.

 

By Thomas
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

Bacaan Lanjut
EMINEM RAI PENCAPAIAN PERIBADI TERBESAR DALAM HIDUP

EMINEM RAI PENCAPAIAN PERIBADI TERBESAR DALAM HIDUP

Bacaan Lanjut
WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

Bacaan Lanjut
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Bacaan Lanjut
AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

Bacaan Lanjut
Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut