Skip to content

CONVERSE SKATEPARK AKAN DILANCARKAN DI KAJANG

Kongsikan artikel ini

Berita baik buat semua pengemar sukan papan skate! Converse Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang, MPKJ akan melancarkan sebuah skatepark khas untuk komuniti yang gemarkan aktiviti ini. Direkakan khas bagi kegunaan pertandingan dan latihan persahabatan, Converse Skatepark Kajang bakal dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2017 ini di Sungai Kantan, Kajang.

Menampilkan skater-skater handalan tempatan dan luar negara dari Converse Asia Pacific (Converse APAC), acara ini ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan mini-gig oleh kumpulan rock tempatan seperti OAG dan Oh Chentaku! selain aktiviti-aktiviti manarik lain yang melibatkan makanan, muzik serta hiburan dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Antara aktiviti termasuk car-boot sale, sesi BBQ, pameran seni dan banyak lagi.

Selain itu, pelancaran Converse Skatepark Kajang ini turut menyaksikan pertandingan skate untuk empat ketagori utama di mana hadiah wang tunai berjumlah RM5000 akan ditawarkan kepada skater yang bertuah. Turut diadakan demonstarasi skateboarding dan sesi menandatangani autograf bersama Converse APAC Skate Team menampilkan Geng Jakkarin & Lert Saeri dari Thailand, Absar Lebeh dari Indonesia serta Jeff Gonzales dari Filipina.

Converse Skatepark Kajang ditubuhkan dengan bertujuan menyediakan kemudahan terbaik buat semua skaters tempatan untuk melatih dan skate, dengan harapan agar dapat melengkapkan generasi skaters untuk mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 April 2017

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut
rolex us open

ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut