RESPON JACKMAN JIKA SRK INGIN GALAS WATAK WOLVERINE

​Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menjadi pilihan Hugh Jackman bagi menggantikan beliau untuk watak Wolverine. Melalui satu temubual Jackman dengan media antarabangsa baru-baru ini, Jackman ditanya mengenai siapakah pelakon lelaki yang sesuai dan layak meneruskan legasi karekter popular itu.

Aktor kelahiran Australia itu sudah memainkan watak tersebut selama 16 tahun dan filem Logan adalah filem kesepuluh dan terakhirnya. Jackman pertama kali tampil dengan karakter tersebut menerusi filem X-Men pada tahun 2000.

“Saya rasa Shah Rukh Khan boleh memainkan watak mutan tersebut,” ujar Jackman kepada media antarabangsa. Umum tahu filem Logan yang kini sudah ditayangkan adalah filem terakhir Jackman tampil memegang watak Wolverine.

Tidak pasti sama ada Jackman bergurau atau tidak. Mungkin ini hanyalah satu cadangan dari Jackman namun belum ada kata putus jika produksi X-Men mengambil serius kata-kata Jackman tersebut. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

“Saya ok saja melihat mana-mana aktor melakonkan watak ini kerana Wolverine punya ramai peminat dari dunia. Watak Wolverine ada 6 origin kesemuanya. Saya juga ingin melihat sejauh mana watak ini berkembang. Harapan saya biar ia hebat dan setanding. Jika ia lebih hebat sedikitpun tidak mengapa. Jika ramai yang berkata ‘akhirnya…’, pasti sukar untuk saya terima”, jelas Jackman dalam temubual bersama laman filmfare.com.

Filem arahan James Mangolf yang bertajuk Logan sudah ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 2 Mac 2017.

Sumber: Filmfare.com

Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 Mac 2017

Tags: , , , , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.