From suit and tie, to a convocation robe! Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan bekas ahli kumpulan N’sync, Justin Timberlake yang menerima ijazah doktor kehormat daripada Berklee College of Music di Boston pada Sabtu lalu. Menerusi pautan di laman sosialnya, Justin berkata, tidak ada mimpi yang terlalu besar untuk dicapai. “Tidak ada mimpi yang terlalu besar, tetaplah mengejarnya, percayalah aku adalah seorang doktor sekarang!,” tulisnya.

Menerusi kenyataan dari pihak Berklee College of Music, penerima gelaran doktor kehormat ini dinilai berdasarkan pencapaian dan pengaruh mereka di dunia muzik secara global. Untuk pengetahuan, Justim Timberlake bukanlah yang pertama menerima anugerah ini. Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat sejak tahun 1971, dan antara penerima sebelum ini termasuklah Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.

Pada sabtu, selain Justin Timberlake antara artis lain yang turut menerima gelaran terhormat ini adalah Missy Elliott dan komposer Alex Lacamoire. Congrats Justin! 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mei 2019