TIMUR GABRIEL ENGGAN TUMPANG POPULARITI KELUARGA

Dia anak selebriti. Walau bagaimanapun, siapa dia hari ini adalah dari hasil titik peluh serta usaha sendiri yang sudah bekerja seawal usia yang muda. Berbekalkan sokongan ibu serta teman-teman rapat, gadis ini tidak menumpang populariti keluarga semata. Sebaliknya dia bijak menggunakan kesempatan yang ada.

Tidak mengambil masa yang lama untuk bermesra, dia sama sekali senang diajak berbicara. She’s serving us realness! Berkulit sawo matang lagi dikurniakan suara yang kasar nan seksi. Personaliti gadis ini cukup eksotik bersepadan dengan aura pesonanya. Clearly she embraces herself fully, comfortable in her own skin. Aku utarakan sedikit latar belakangnya. “Saya dilahirkan serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Ogos ini genap saya berusia 23 tahun dan I’ve been working all my life,” katanya, pengenalan Timur Gabriel.

“Sebelum terjun ke dalam arena hiburan yakni TV dan radio, saya berkecimpung dalam bidang perhubungan awam dengan menguruskan label fesyen. Kemudian, personaliti TV asal England merangkap teman rapat saya, Mark O’Dea menawarkan peluang bagi menghoskan program 8TV Quickie. Lantaran hos yang terdahulu sudah berhenti. Punya keserasian antara satu sama lain, Mark mengambil jalan pintas kerana ramai yang hadir menguji bakat. Itulah bagaimana saya memulakan kerjaya di laman hiburan. Tawaran menjadi deejay radio Red FM juga agak spontan. Kala menghadiri tayangan perdana teater terbaru Puan Sri Tiara Jacquelina, saya bercakap dengan ibu. Lantas ada suara menyapa dan berkata dia suka mendengar suara saya. Saya membalas, ‘Cool’ dan mengucapkan terima kasih. Lalu dia bertanyakan, ‘Do you like to do radio?’ And I was like,‘Ya, okay. I’ll do radio!’” cerita Timur mengenai sedikit latar belakang kerjayanya.

“Kini berkhidmat dengan APW di Bangsar, saya menguruskan divisi bisnes dan tidak lama lagi bakal terbang ke Jerman bagi melanjutkan pengajian Master dalam bidang neuroscience. Dahulu saya menekuni Perniagaan Antarabangsa dan Psikologi untuk ijazah sarjana muda.  Pergi ke Jerman bukan hanya semata untuk belajar malah untuk melaksanakan projek APW di Berlin. Ya, saya masih berjinak aktif dalam lapangan hiburan tapi bukanlah untuk jangka masa panjang. Sekadar, menghoskan acara atau program,” bicara anak muda yang rancak mengatur langkah masa depannya.

Siapa idola kamu dan mengapa?

Michelle Obama, Victoria Beckham, Ratu Elizabeth I dan II dari segi kekuatan serta daya pandang ke hadapan. Saya memilih personaliti-personaliti ini kerana mereka adalah barisan wanita terhebat di dunia. Mereka adalah wanita luar biasa yang mana cukup yakin dalam melakukan apa jua perkara yang saya ingin lakukan dan ia bukanlah mudah yang disangkakan. Lebih-lebih lagi, kala berdiri dalam industri yang didominasi oleh lelaki. Lihat akan kejayaan Michelle Obama yang mana suaminya sangat popular dan dikenali segenap dunia. Namun dia lebih popular dari Barack sekarang. Victoria pula berkahwin dengan pemain bola sepak terkemuka dan paling tampan. She still came out on top of him. It’s good inspiration to fight for the best despite the biggest obstacle: men.

Penyokong tegar kamu?

Daniel Woodroof adalah penyokong nombor satu saya. Ibu pula menyokong dalam diam dan ibu juga adalah asas kekuatan kehidupan saya. Biarpun, diuji dengan segala macam halangan dan dugaan, ibu segera bangkit kala mengalami kegagalan.

Gambarkan diri kamu?

Bersifat tegas. Erm, bossy mungkinOrang yang agak berkeyakinan tinggi. Insecure, but not insecure, dan saya rasa itu adalah menawan.

Masih bujang?

Tidak, saya punya teman lelaki dan dia bukan Daniel Woodroof! Semua orang bertanggapan kami berdua adalah kekasih. Tidak, sama sekali. Teman lelaki saya berasal dari Jerman dan kami punya hubungan yang konkrit, namanya Sebastion Forger.

Berbicara soal lelaki, apa yang kamu faham tentang konsep lelaki?

When I think of a man, despite the whole equality issue right now. Lelaki atau kaum Adam adalah seorang yang berdikari dan perlu bertanggungjawab bukan atas dasar pilihan. Mereka tahu apa yang ingin dilakukan tanpa perlu bertanya panjang. Namun, jika mereka perlukan bantuan, saya sedia membantu. Paling penting, seseorang yang tidak pandang rendah akan kebolehan wanita.

Idea lelaki ideal…

Seseorang yang berada pada tahap yang sama dalam apa jua perkara yang dilakukan bersama. Walau bagaimanapun, dia perlu dihormati dan berada sedikit di atas buat kerlingan kala membayangkan kekaguman, kemampuan serta kebolehannya untuk menjadi pemimpin. Because you want to see someone more than just yourself, with some extra quality that you don’t have.

Boleh hidup tanpa lelaki?

No, baby, no. Ya, saya adalah seorang individu yang bertegas dengan isu kesaksamaan jantina akan tetapi kita semua memerlukan lelaki dalam hidup kita.

Perkara normal lelaki yang buat kamu rasa tertarik atau seksi?

Senyuman sinis mereka yang effortless! Mungkin tidak ramai yang sedari, kala kita berjenaka atau memberitahu satu perkara yang lucu. Mereka akan mengukirkan separuh senyuman lantas memandang ke bawah. Itu seksi!

Boxers or briefs?

Boxers, please. Ia berbeza dengan wanita, pakaian yang disarungkan harus memeluk tubuh agar memperlihatkan susuk tubuh menawan tidak kira dalam apa jua saiz. Namun, untuk kaum Adam adalah bertentangan. Polos dan sukar diramal…

Satu perkara yang ingin diubah mengenai lelaki…

Mereka tidak perlu jadi angkuh untuk kelihatan yakin.

Apa yang kamu suka tentang lelaki?

The fact that they’re men, the feeling of security and safeness. Bila kita menghadapi masalah dan rasa selamat itu terbias mesra. Itu adalah seksi!

Oleh Editorial GLAM Lelaki

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.