TMJ SAH PRESIDEN BARU FAM
Tahniah GLAM Lelaki ucapkan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kini sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017 hingga 2021.
Keputusan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di Hotel Hilton Petaling Jaya di sini.
Menurut Hamidin, TMJ diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan selepas penarikan diri Tan Sri Annuar Musa.
Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada semua perwakilan. TMJ, 33 tahun yang juga pemilik Kelab JDT turut melakar sejarah sebagai presiden FAM termuda.
Tahniah sekali lagi, dan semoga perlantikan TMJ akan membawa nafas baru dalam arena bola sepak tempatan.
(Sumber BERNAMA & Harian Metro)
Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL
Siri komedi seram yang meraih kejayaan luar biasa ini bakal muncul dengan musim baru pada tahun hadapan.
EMINEM RAI PENCAPAIAN PERIBADI TERBESAR DALAM HIDUP
Walaupun sudah melakar pelbagai kejayaan dalam kerjaya muzik, ada satu lagi pencapaian hidup Eminem yang membanggakannya.
WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI
Terdapat bukti menunjukkan bahawa lelaki yang menjalani TRT berisiko lebih tinggi untuk mengalami keguguran rambut.
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG
Nampaknya persahabatan David Beckham dan Mark Wahlberg yang terjalin sejak 15 tahun lalu telah menemui titik noktah.
AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH
Amir Masdi akui gembira apabila dipilih sebagai penyanyi utama untuk konsert Search yang akan datang.
“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki menampilkan Rizal Rasid yang berasal dari Brunei, dan kini meluaskan sayapnya di Malaysia.