Tular di laman-laman media sosial gambar seorang gadis kecil molek yang punya iras persis penyanyi antarabangsa popular, Selena Gomez. Melihat raut wajahnya yang jelita, saling tidak tumpah dengan pelantun lagu Kill’ Em With Kindness dan Love Me Like A Love Song itu. Persoalannya kini, siapakah gadis itu yang sebenarnya, sehingga rata-rata netizen tiada henti memuja dan memuji kecantikannya. Introducing Isabella Johan, gadis berumur 19 tahun yang dikatakan bakal menjadi pendatang baru dalam industri seni lakonan tempatan apabila akan muncul dalam sebuah filem terbitan penerbit dan pengarah Dato’ Jurey Latiff Rosli.

Jelas Dato’ Jurey, “Saya memerlukan seorang heroin yang mempunyai pakej menarik, dan Isabella memiliki pakej tersebut. Ia jelas dalam dirinya sewaktu menghadiri sesi ujibakat. Isabella juga mahu maju dan dilihat sanggup berusaha untuk mencapai apa yang diingininya, ditambah pula dengan peminatnya yang semakin ramai”.  Atas sebab itu, GLAM Lelaki terpanggil menghubunginya untuk mengenali lebih rapat tentang diri Isabella.

GLAM LELAKI: Boleh Isabella ceritakan serba sedikit mengenai diri anda?

ISABELLA JOHAN: Hai kepada semua pembaca setia GLAM Lelaki! Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak GLAM Lelaki atas kesudian menemubual saya. Baiklah, sedikit mengenai diri saya. Nama penuh saya adalah Isabella Johan. Saya berumur 19 tahun dan mempunyai 5 orang adik beradik termasuk saya, iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Saya berketurunan campuran Kadazan dan Belanda. Saya masih seorang penuntut. Selain itu, saya juga sedang aktif dalam bidang lakonan dan bakal muncul sebagai watak utama dalam filem Tangisan Akinabalu terbitan Syarikat New Line Filem Sdn Bhd arahan Dato’ Jurey Rosli. Filem tersebut berlatar belakangkan tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 2015.

GLAM LELAKI: Isabella mulai dikenali dan popular atas rupa mirip Selena Gomez. Pernah tidak anda menyangka rupa paras anda ini suatu hari menyebabkan awak popular sekelip mata?

ISABELLA JOHAN: Memang tidak pernah menyangka namun saya bertuah kerana diberikan peluang untuk terjun dalam bidang seni lakonan. Secara jujurnya, saya amat meminati dunia lakonan dan peluang yang hadir adalah satu peluang keemasan apabila dipilih dan diberi kepercayaan menjadi pelakon utama filem Tangisan Akinabalu. Thanks to Dato Jurey sebab mempercayai bakat yang ada dalam diri saya.


GLAM LELAKI: Secara jujurnya, apakah perasaan Isabella apabila sering kali dikaitkan dengan Selena Gomez?

ISABELLA JOHAN: Saya akui perasaan gembira and bangga itu memang ada, tetapi saya juga ingin dikenali dengan mempunyai identiti tersendiri dan enggan dibandingkan dengan sesiapa.

GLAM LELAKI: Boleh Isabella singkapkan serba sedikit tentang apa saja pengalaman manis yang pernah dilalui?

ISABELLA JOHAN: Sejak kecil saya tidak dikenali pun, namun teman-teman sekolahlah yang mula perasan wajah saya seakan Selena, dan ada yang memanggil saya dengan gelaran Selena Gomez Malaysia. Ya, saya amat bersyukur dan berterima kasih atas pemberian Tuhan ini. Yang pasti, pengalaman manis yang tidak akan saya lupakan ialah mendapat tawaran berlakon watak utama buat pertama kali dari syarikat dari Sabah di mana keseluruhan pelakon berasal dan krew berasal dari Sabah.

GLAM LELAKI: What is your interest besides acting? 

ISABELLAH JOHAN:  Sejujurnya, saya lebih meminati bidang lakonan. Namun sekiranya diberi peluang menyanyi, pengacaraan dan lain lain sudah tentu saya ingin mencuba dan melihat sejauh mana saya boleh pergi dalam industri seni.

GLAM LELAKI: Adakah anda salah seorang peminat setia Selena Gomez?

ISABELLA JOHAN: Of course! Sudah tentu saya meminati Selena Gomez yang mempunyai sikap sentiasa merendah diri dan juga lagu-lagu nya. Saya paling suka dengan lagu ‘Kill em with Kindness’ kerana lagu tersebut memberikan mesej yang baik kepada pendengar.

GLAM LELAKI: Pandangan Isabella sendiri tentang ‘being yourself, even you have similar look wih others?

ISABELLA JOHAN: Bagi saya, sesiapa saja yang mempunyai wajah seiras artis, kita seharusnya menghargai siapa diri kita yang sebenarnya dan jangan sesekali lupa akan asal usul serta keturunan, itu yang paling penting!

GLAM LELAKI: Jadi, punya wajah seiras seleberiti, is it a gift or curse? Pandangan Isabella? 

ISABELLA JOHAN: Pada pandangan saya, kedua-duanya! It is a gift, seakan satu kurniaan istimewa dari Tuhan, but it is also a curse, kerana orang lebih mengenali saya sebagai orang lain, dan bukan diri saya yang sebenarnya.

GLAM LELAKI: Trivia menarik mengenai diri Isabella yang ramai tidak tahu.

ISABELLA JOHAN: Oh, saya pernah memenangi pertandingan Female Icon Sabah pada tahun 2015. Saya juga sering kali melibatkan diri dan memenangi pertandingan runway dua kali berturut turut di sekolah.

GLAM LELAKI: Kata-kata terakhir dari Isabella?

ISABELLA JOHAN: Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas segala kata-kata baik serta semangat yang diajukan kepada saya. Saya juga berharap agar diri saya dapat dinilai sebaiknya atas personaliti, bakat dan diri saya sendiri, bukan atas rupa dan wajah semata. Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan. Doakan yang baik-baik buat saya. Terima kasih.

Oleh Wan Mohd Firdaus (@wanmohdfirdaus), 28 Mac 2017