Skip to content

RAHSIA KEJELITAAN DATO’ SITI NURHALIZA AKHIRNYA TERBONGKAR

Kongsikan artikel ini

Wanita mana yang tidak mahu cantik? Memiliki kulit tidak bermasalah, bersih dan bebas daripada cela adalah impian mereka. Begitu juga dengan Siti. Ujar Siti, bagi mendapatkan kulit wajah sempurna tidak semestinya perlu berbelanja mahal, kerana penjagaan muka asas sudah mencukupi.

“Asas kepada kecantikan harus dijaga terlebih dahulu. Saya akan mencuci wajah selepas mengenakan solekan dan pastikan kulit berada dalam keadaan bersih terutama sebelum tidur. Paling utama dapatkan set penjagaan kulit yang sesuai.”

jselebriti_inspirasi_ctnurhaliza-2

Di usianya yang ke 38 tahun, Dato’ Siti Nurhaliza masih lagi mampu mengekalkan kejelitaan dan awet mudanya.

Tambah Siti, dia seorang yang ringkas dan tidak mudah obses kepada sesuatu produk. Tapi yang paling utama adalah penjagaan luaran dan dalaman. Apabila hati bersih, keserian itu terpancar pada wajah.

“Tidak dinafikan, produk SimplySiti adalah rahsianya. Malah, saya juga mengamalkan cara pemakanan sihat dan kerap bersenam. Ini penting bagi memastikan tubuh badan kekal sihat dan segar. Jika ada kelapangan saya akan berkunjung ke spa. Sekali sekala memanjakan diri tidak salah bukan?”

Di sini, Glam Lelaki tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun kelahiran kepada Dato’ Siti Nurhaliza! Happy birthday Tok Ti!

Sumber: Majalah Jelita (http://www.jelita.com.my/)

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut