WANITA TERAKHIR, HADIAH DARI FATTAH AMIN

Tahun 2016 merupakan tahun gemilang buat Fattah Amin. Popularitinya dilihat semakin memuncak gara-gara drama Suri Hati Mr Pilot, diitambah pula dengan kisah serta gosip ‘percintaannya’ dengan Neelofa. Walau bagaimanapun, Fattah dilihat tidak pernah melatah malah kini dia gian meneroka cabang baru pula iaitu dalam arena seni suara. Membuka tirai 2017, Fattah kini bersedia menakluk dunia hiburan dengan melancarkan single terbarunya berjudul Wanita Terakhir.

Single ini dirasmikan oleh Fattah sendiri melalui FB live chat semalam dimana Fattah kini berada di Armsterdam.

11

Penerbitan lagu itu adalah kerjasama antara syarikat pengurusan Fattah iaitu Fastyle bersama Kasi Gegar Entertainment, milik Aizat Amdan. Single ini merupakan ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan. Sebelum ini Fattah juga pernah merakamkan sebuah single berjudul Hero Untukmu sebagai tanda pengenalan pembabitannya dalam dunia nyanyian.

Bercerita mengenai Wanita Terakhir, Fattah berkata lagu itu hadiah ikhlas daripada hatinya untuk semua peminat.

“Saya cukup terharu dengan sokongan peminat yang amat luar biasa terhadap kerjaya saya akhir-akhir ini. Semoga anda semua terhibur dengan lagu terbaru saya ini”, katanya dalam laman sosial Instagramnya.

Dan kini anda boleh mendengar single terbaru Fattah Amin ini melalui pautan di bawah. Not bad at all Fattah! Keep it coming and congrats again from Glam Lelaki.

Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.