Skip to content

GLAM LELAKI NY BLOCK PARTY BERSAMA COACH DAN #FATTZURA

Kongsikan artikel ini

Pesta malam GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party dengan tajaan Coach berlangsung malam kelmarin dengan suasana penuh meriah dan tenaga di Menara KEN TTDI. The crowd was totally happening! Lengkap dengan busana daripada koleksi Bunga/Panas 2018 Coach kehadiran pasangan romantis Fazura dan Fattah Amin menghangatkan malam. Yang pasti gelagat manis kedua selebriti popular ini nyata menyerikan suasana malam itu.

Pasangan Nazril Idrus & Sazzy Falah bersama Nur Fazura & Fattah Amin

Masing-masing penghias muka depan GLAM dan GLAM Lelaki edisi April 2018, Nur Fazura dan Fattah Amin

Putaran muzik oleh DJ Nazzkimo turut mengiringi gerak-geri rancak daripada para hadirin yang terdiri daripada ramai hero dan artis Malaya yang segak menyarung busana dari Coach SS18 seperti Donna Muslim, Alvin Cheong, JC Chee, Fahad Iman dan ramai lagi.

Tidak boleh dilupakan juga pembawa semangat pada malam penuh makna ini, our very own emcee Hunny Madu menggamatkan malam di samping melancarkan GLAM X GLAM Lelaki NY Block Party. Sebagai cerminan jiwa koleksi Coach Musim Bunga/Panas 2018, energi parti underground kota New York menghiasi ruang pesta, dijelmakan dalam aneka olahan seni grafiti dan eleman jalanan. Daripada persembahan pembukaan oleh Swag Studio sehinggalah ke rap showcase yang menampilkan para rapper seperti Karmal, Sophia Liana, QBE, Eyza Bahra, Sxph, dan Kayda. Yang pasti, muzik pada malam itu diiringi dengan juadah-juadah lazat ala vendor jalanan New York – hot dog, tacos, churros antaranya – yang disediakan khas untuk semua para tetamu.

Sophia Liana tampil sebagai rapper menghiburkan tetamu jemputan

DJ Nazzkimo on the decks!

Tidak ketinggalan upacara pembukaan dan kata-kata aluan oleh kedua editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim dan GLAM, Suzie Adnan. Jom kita intai gambar-gambar eksklusif daripada parti yang berlangsung kelmarin.

The hostess with the mostest, Hunny Madu turut bergaya dalam persalinan Coach Musim Bunga/Panas 2018

Editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim bersama Editor GLAM, Suzie Adnan mengalu-alukan kehadiran para jemputan

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 April 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut