GLAM LELAKI Promosi – Disember 2017
*klik tab di bawah untuk menyertai promo*
Gambar hanya untuk tujuan illustrasi sahaja
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Disember 2017
_________________________________________________________________
Menang!
Menang! Barangan Eksklusif Star Wars: The Last Jedi bernilai RM5,500 kesemuanya
Sambungan Saga Star Wars
Antara filem paling dinantikan tahun ini, antalogi karya Star Wars kembali dengan Star Wars: The Last Jedi. Saga Skywalker berlanjutan pabila barisan pahlawan dari filem The Force Awakens bergabung tenaga dengan legenda mitos galaksi ini dalam pengembaraan epik yang merungkai misteri-misteri silam The Force. Yang nyata, episod Star Wars terbaru ini bakal memberi kejutan pabila peristiwa-peristiwa lampau mula terurai.
Filem ini pasti menyayat hati peminat-peminat tegar Star Wars kerana ia merupakan filem Star Wars pertama ditayangkan setelah pemergian pelakon ikonik Carrie Fisher, pemegang watak Puteri Leia, yang meninggal dunia pada
Disember tahun lalu. Karya Star Wars: The Last Jedi turut dibintangi oleh Mark Hamill, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Gwendoline Christie,Kelly Marie Tran, Laura Dern and Benicio Del Toro. Filem bergenre aksiadventure ini diarahkan oleh Rian Johnson dan bakal ditayangkan pada 14 Disember 2017 di pawagam seluruh Malaysia.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OASIS PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI
Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah destinasi percutian yang menjanjikan ketenangan, privasi dan keindahan alam semula jadi Ubud, Bali yang tiada tandingan.
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024
Tahun ini barisan filem menarik dari pelbagai genre akan menemui penonton. Bukan saja naskah baru dan prekuel, tetapi juga sekuel yang telah lama ditunggu-tunggu.
GAYA BINTANG TERNAMA DI ‘OSCAR SAINS’, BREAKTHROUGH PRIZE AWARDS 2024
Acara tahunan yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg, Sergey Brin dan Anne Wojcicki pada 2012 ini meraikan pencapaian saintis terkenal dari seluruh dunia.
AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN
Pasangan merpati dua sejoli itu memuat naik sebuah video acara gender reveal yang diadakan di kediaman mereka semalam.
5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Bright Vachirawit akan membuat penampilan istimewa pada 23 April ini untuk meraikan produk terbaru Kiehl's di Mid Valley Megamall. Bright Vachirawit yang merupakan pelakon dan penyanyi terkenal juga sering dilihat dengan gaya fesyen yang menarik perhatian ramai.
JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN
Sebuah filem Bruce Springsteen yang berkisar tentang album klasiknya pada 1982, Nebraska kini sedang dalam pembikinan.