Skip to content

GLAM LELAKI Promosi – Mei 2018

Kongsikan artikel ini

*klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Gambar hanya untuk tujuan illustrasi sahaja

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2018

_________________________________________________________________

Menang!

12 x Set wangian dan penjagaan diri ROMANO bernilai RM5,526 kesemuanya

Lelaki moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka mendambakan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan. Berketerampilan menarik dan merasai keselesaan adalah penting kepada lelaki bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Lelaki ROMANO.

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk lelaki urban menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman lelaki sebenar yang tersendiri. Ia bakal membuatkan wanita tertarik secara semula jadi dan menyedari kehadiran sang jejaka berhampiran mereka. Peranan utama wangian Romano adalah untuk memberi anda keyakinan diri untuk mencapai apa yang anda inginkan. Biarpun membentangkan usul kepada pelanggang penting mahupun temujanji pertama bersama si dia, Romano memberikan anda keyakinan diri pada tanggapan pertama. Kami mempunyai 6 varian dalam rangkaian Romano EDT; Force dan Unique adalah penambahan terbaru kami.

ROMANO EAU DE TOILETTE – FORCE
Mewakili lelaki unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya diperkatakan ramai tetapi kekal tenang dan bersahaja, serta sangat berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama bayangan lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak kayuan yang maskulin. Haruman segar dan suci ini direka untuk lelaki urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

ROMANO EAU DE TOILETTE – UNIQUE
Untuk lelaki berkeyakinan tinggi ketika di kemuncak, berbekalkan potensi dan magnetisme berpanjangan. Sentiasa di hadapan dan kekal mendahului kehidupan. Tersendiri dan membuatkan orang sekeliling tertarik kepada keunikannya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan lavender dan bergamot. Wangian penutupnya disempurnakan ekstrak kayuan elegan dengan kombinasi cendana dan nilam. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

By Fatin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut