Skip to content

KLFW 2018 #IGotStyle & peluang memenagi koleksi SUPERSUNDAY

Kongsikan artikel ini

Bertapak sekali lagi di lokasi hangat tumpuan ramai, Pavilion KL menjadi pentas kilauan bagi para pereka mempersembahkan koleksi mereka di minggu fesyen Kuala Lumpur (KLFW), kini kembali untuk tahun keenam yang akan bermula dari 8 hingga 12 Ogos 2018.

Seperti edisi-edisi sebelumnya, KLFW2018 menjanjikan senarai pereka fesyen yang mengujakan buat acara tahun ini. Kesemua rekaan baju yang akan dipamerkan tahun ini belum pernah dipertontonkan lagi. Bermaksud para penotnton yang hadir ke KLFW tahun ini akan dipberi persembahan eksklusif koleksi terbaru para pereka terkemuka seprti Farah Khan, Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Atelier Fitton, Fiziwoo, Nurita Harith, Fazura, Kavita, Mimpikita, Innaired, Afiq M, Syomirizwa, Cassey Gan, UnitNerd dan banyak lagi.

Salah satu jenama yang akan menampilkan koleksi di KLFW Ready-To-Wear 2018 ini merupakan SUPERSUNDAY. Dilancarkan pada tahun 2007, SUPERSUNDAY bereksperimen dengan idea membasmi norma sosial. Kualiti produk yang dihasilkan diinspirasi dengan subkultur. Jenama ini mengetengahkan komunikasi melalui visual yang ditonjol generasi muda dan menggalakkan mereka eksperimen gaya di luar barometer sosial.

Berita baik buat peminat SUPERSUNDAY, anda berpeluang untuk memenangi koleksi SUPERSUNDAY X MR BURP (Street artist: 7 Foot Deep) seperti yang dipaparkan di atas serta 2 tiket untuk menyaksikan pertunjukan fesyen SUPERSUNDAY!  Jangan lepaskan peluang keemasan ini,  nantikan update terkini untuk mengetahui cara-cara penyertaan dengan mengikuti akaun Instagram GLAM Lelaki di @glamlelaki dan juga Facebook di GLAM Lelaki

*Penyertaan bagi memenangi koleksi SUPERSUNDAY ini akan bermula pada 4 Julai 2018 dan berakhir pada 31 Julai 2018.

By Fatin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

Bacaan Lanjut
EMINEM RAI PENCAPAIAN PERIBADI TERBESAR DALAM HIDUP

EMINEM RAI PENCAPAIAN PERIBADI TERBESAR DALAM HIDUP

Bacaan Lanjut
WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

Bacaan Lanjut
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Bacaan Lanjut
AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

Bacaan Lanjut
Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut