Skip to content

KEHANGATAN MALAM GLAM LELAKI, MUSIC GIVES BACK SIRI II

Kongsikan artikel ini

body-1
GLAM Lelaki Music Gives Back siri II bermula 15 minit lewat. Masing-masing masuk ke dalam The Bee@Publika membawa beg kertas lambang GLAM bersama produk Dermalogica di dalamnya bersedia menanti persembahan.
Editor GL, Abdul Aziz Draim memulakan acara menceritakan objektif sebenar siri Music Gives Back ini, lantas Najwa Mahiaddin mengambil alih acara, tampil cukup masyhur dengan lagu terbarunya, Ocean. Showcase amal siri II disusuli alunan single popularnya Got To Go. Lagu diolah perlahan, Najwa menyanyi bersama iringan piano yang dimainnya sendiri penuh penghayatan.

body-3
Persembahan oleh Sean Ghazi yang lebih selesa menyanyi di lantai tari lebih intimasi. Beliau tampil dengan lagu Call Me Irresponsible, Ku Impikan Bintang, The Way You Look Tonight, Save The Last Dance dan sebagai encore, Crazy Little Thing Called Love, mendekatkan diri kepada penonton ke meja-meja mengajak mereka menyanyi bersama.

body-6
Kemuncak showcase amal siri II menyaksikan Ali Aiman tampil dengan lagu Every Little Thing, Jika Aku Seorang Robot dendangan asal MonoloQue, Breathe, Poster Girl dan Morning Sun hadir dengan groove yang sangat baik.

body-7
Saya kira Ali Aiman seorang yang bijak dalam permainan melodi dari saat petikan piano sehingga kepada feel Ali sendiri dalam penyampaiannya, sebilangan peminat Ali Aiman yang hadir berbilang bangsa teryata teruja dengan penampilan Ali kali ini. Cara ini mendekatkan lagi Ali dengan mereka sambil masing-masing sempat bersapa mesra selepas acara berakhir.

 

Trivia
#GLAMLELAKIMUSICGIVESBACK Siri 2

  • Sesuatu yang cukup istimewa dan membanggakan apabila melihat Sean Ghazi dengan lagu genre klasik dan jazz dialunkan dengan cukup indah dan mengasyikkan sekali.
  • Lagu Morning Sun oleh Ali Aiman hadir dalam nuansa cukup moden dan feel yang baik pada malam showcase siri II.
  • Kamalrulizwan Jallaludin, Partnership Development (Gov) Teach For Malaysia hadir mewakili organisasi Teach For Malaysia pada malam Music Gives Back menerima sumbangan daripada pengarang GLAM Lelaki di akhir acara.body-5
  • GLAM Lelaki Music Gives Back menjangkakan Showcase Amal Siri III yang akan datang- menampilkan Black Hanifah dan Tomok- bakal mendapat sambutan yang lebih hangat.
  • Sebilangan hadirin terus bersantai di The Bee hingga lewat malam untuk menjamu selera dan menghabiskan masa bersama teman-teman.

body-4

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut