Anda ingat lelaki-lelaki Korea semuanya jambu-jambu belaka? Salah tanggapan anda itu! Seperti mana yang kita ketahui, industri kecergasan kini sedang berkembang pesat dan negara Korea tidak terkecuali. Sekiranya dapat kita amati, ramai model-model kecergasan di Korea muncul bak ‘cendawan selepas hujan’. Yang menariknya, mereka langsung tidak tergugat dengan bintang-bintang drama, muzik dan filem yang mendapat perhatian dan peminat melalui keupayaan bakat seni dan ketampanan mereka, namun mereka lebih kepada industri peragaan, kesihatan dan pertandingan bina badan.
(Photo credit: @healthy_mnt)
WBFF (World Bodybuilding & Fitness Federation) Korea Championship dan Muscle Mania Korea adalah antara pertandingan bina badan yang diadakan setiap tahun. Selain dari memiliki tubuh idaman, kesemua dari 8 model kecergasan yang GL senaraikan ini boleh dijadikan sumber inspirasi buat anda semua untuk memiliki tubuh idaman. Lets go through one by one shall we?