12 TEKNIK PERAPIAN DIRI LELAKI PATUT CUBA

Resolusi bukan saja perlu disahut saat tahun baru menjelma. Dengan determinasi tinggi,  wajah dan tubuh badan juga perlu dijaga. Namun sejauh dan sedalam  mana keazaman anda?

1. ROSULUSI PENJAGAAN WAJAH

  • Untuk menghindari muka daripada jerawat dan cela, pastikan anda mencuci muka selalu. Basuh muka sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Pilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit. Tidak digalakkan memakai sabun badan di muka kerana akan menyebabkan kulit wajah menjadi kasar dan kering.
  • Guna pelembap untuk mengekalkan kelembapan di wajah.
  • Sekali-sekala pakai penyegar yang mengandungi vitamin E dan aloe vera supaya lebih segar.
  • Tanda-tanda awal penuaan kebiasannya mula muncul di sekitar mata. Untuk mengelakkan mata dari kelihatan letih dan lesu, sapu krim mata setiap kali sebelum tidur.
  • Gunakan buih busa pencukur supaya lebih mudah untuk bercukur dan tidak luka. Pemakaian after shave mengurangkan kerengsangan, kemerahan dan lebih selesa.
  • Pakai pelembap bibir untuk mengelak kekeringan dan rekahan.

2. RESOLUSI PENJAGAAN TUBUH BADAN

  • Mandi sekerap mungkin untuk tampil lebih segar dan wangi. Kikis tabiat mandi sekali sehari.
  • Sentiasa gunakan deodoran dan cologne sejurus selepas badan dikeringkan. Namun jangan guna secara berlebihan kerana baunya mungkin tidak menyenangkan.
  • Buang bulu berlebihan pada badan. Cuba waxing supaya badan nampak rata dan bersih.
  • Potong kuku tangan dan kaki (manicure and pedicure). Kuku juga perlu dijaga dengan betul kerana kotoran mudah terlekat di celah kuku dan kulit.
  • Kebersihan kaki juga perlu dititik beratkan. Cuba sapukan bedak di kaki untuk mengurangkan peluh serta mengikis bau yang tidak diingini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 September 2017

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.