15 TIP TERBAIK UNTUK KULIT DAN BADAN SIHAT

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Buat seorang lelaki, kesihatan kulit dan badan wajar diberikan perhatian sama rata. Jangan semata ingin tampak kacak saja, namun kesihatan badan kurang dijaga. Ya, kami memahami tuntutan kerjaya dan keluarga adakala menyekat keprihatinan anda dalam menjaga diri. Oleh itu, GL senaraikan 15 tip mudah, atau boleh dikatakan jalan singkat bagi mendapatkan bukan saja kulit, malah badan yang sihat. Lets go through it one by one shall we?

1.  JADIKAN RUMAH ANDA SPA SENDIRIAN

Malas ke spa walaupun berdekatan dengan rumah anda? Tidak mengapa, apa yang anda perlu lakukan adalah jadikan rumah anda sebagai spa dengan membeli bahan-bahan spa seperti lulur, sabun untuk mandi wap serta pupur badan. Tidak perlu memakan masa berjam-jam seperti di spa, cukup sekadar lakukannya ketika waktu anda mandi. Usah malu, lelaki juga memerlukan rutin manjaan diri sama seperti wanita.

2. AMALKAN PENGAMBILAN MAKANAN TERSEBUT UNTUK KULIT / TUBUH SIHAT

Oat: Pengambilan bijirin seperti oat bagus untuk penghadaman kerana ia kaya dengan serat gentian. Penghadaman yang sihat dapat membantu menghasilkan kulit yang cerah sempurna.

Buah Beri: Kaya dengan vitamin dan mineral seperti Vitamin C, kalsium, magnesium dan zink.
Air: Pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk kekal hidrat sepanjang hari. Anda boleh cuba bubuh lemon atau teh herba untuk ‘sedapkan’ rasanya.

Sayuran hijau: Sayur seperti bayam kaya dengan Vitamin B, D dan E serta zat besi untuk kulit tampil sihat dan bersinar.

3. KURANGKAN GULA DAN GARAM

Mengawal pemakanan tidak bermaksud anda tidak boleh mengambil nasi atau daging langsung, namun kawalnya dengan hanya mengambil beberapa kali seminggu. Kawal pengambilan gula dan garam. Gula boleh menyebabkan kulit anda kelihatan kusam dan pantas tampak tua.

4. AIR KELAPA UNTUK KULIT SIHAT

Air kelapa dapat memberi penghidratan lebih pada badan. Ia rendah kalori dan lima kali ganda lebih baik daripada minuman bertenaga. Malah ia juga bagus untuk kekejangan otot. Namun jangan pula lupa minum air kosong, cuba seimbangkan!

 

Oily fish: Ikan salmon dan ikan sardin adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan Omega 3, jadi cuba amalkan pengambilan ikan jenis ini dua kali seminggu.

 

Tags: ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.