3 HARUMAN PESONA PILIHAN GLAM LELAKI

1 of 3

Musim ini memperlihatkan seleksi wangian segar dengan imejan lelaki yang punyai karakter tersendiri. Anda yang mana satu?

 1. ARMANI CODE COLONIA

75ml, RM360

Karakter:
Berjiwa relaks tapi berkeyakinan, dengan stail dan sofistikasi yang effortless

Rekaan botol:

Reka bentuk signature Armani Code, tampil kemas dan stylish bak cerminan busana Giorgio Armani. Kaca transparen mewakili sifat wangian yang ringan, dengan bahagian jalur hitam tebal berilhamkan cummerbund tuksedo memberi sentuhan yang elegan.

Bersahaja namun konfiden, cetusan olfaktori terbaru Giorgio Armani, Armani Code Colonia direka untuk lelaki yang lebih selesa dengan gaya yang relaks, tanpa komplikasi. Imej lelaki ini ringkas namun punyai keyakinan tersendiri yang mencerminkan satu sifat elegan yang cukup effortless. Seperti mana yang dicerminkan oleh wajah kempen ini, yakni pelakon Chris Pine.

Struktur wangian pula mengetengahkan satu kod kesegaran yang lebih original, bertemakan salisilat paku-pakis. Wangian membuat first impression dengan nota sitrus gabungan bergamot, limau mandarin dan lada biji merah jambu sebelum membuka ruang untuk nota tengah yang lebih aromatik, hasil kombinasi nota-nota clary sage, flora dengan salisilat bunga oren. Pesona sensual mengakhiri ramuan, dengan nota dasar kekayuan hasil paduan batu ambar, kacang Tonka dan nota heliotrope yang memberi kualiti powdery bak karakteristik paku-pakis semulajadi.

1 of 3

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.