5 TIP DAPATKAN SELFIE GIM TERBAIK

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Jangan bohong! For sure anda akan menghala kamera telefon pintar anda bagi menangkap selfie semasa bersenam di gim, bukan? Walaupun habit ini tidak bagus untuk anda, namun tiada salahnya untuk anda merakam selfie sekali sekala untuk kepuasan serta motivasi diri setelah melihat perubahan ketara pada diri. Namun anda harus ingat, jangan main snap saja! Selain gambar tersebut untuk tatapan umum, pastinya anda inginkan gambar yang terbaik bukan? Untuk dapatkan selfie gim terbaik, ikuti tip yang GL sediakan khas untuk anda ini.

1. CONFIDENT ITU PENTING!

Merakam selfie di gim, its all about confidence man! Sekiranya anda dapat saksikan aksi-aksi selfie gim dari model dan jurulatih kecergasan popular, all the pose looks the same! Namun yang penting, anda mesti tampak yakin dan tenang. Tetapi ingat, jangan sampai anda nampak cocky pula. There’s a different between confident and cocky. Elakkan mengambil selfie di saat anda sedang mengah atau keletihan selepas mengangkat bebanan.

2. PERSEKITARAN

Ya, sebelum anda menekan butang kamera telefon pintar anda, amati persekitaran di gim terlebih dahulu. Pastikan tiada sesiapa ‘memenuhi’ di latar belakang. Kelibat orang di belakang melakukan senaman bisa mencacatkan gambar anda. Focus on yourself! Jangan pula anda ke locker room untuk menangkap gambar selfie. Tidak semua mahu melihat lelaki bertuala memenuhi segenap gambar selfie anda itu!

3. CAHAYA NATURAL

Dalam mana-mana selfie yang dirakam, pencahayaan itu penting! Cadangan kami, gunakan natural light agar tubuh selfie anda nampak lebih real dan menarik. Malah, natural light akan mencipta sudut atau angle terbaik sewaktu anda menangkap gambar.

4. GUNAKAN FILTER

Kami faham, pencahayaan serta skim warna di gim adakala kurang baik untuk menangkap gambar. Syukurlah, telefon pintar kini mempunyai pelbagai aplikasi filter terbaik yan dapat menyerlahkan foto anda itu. Selain itu, filter akan menekankan ciri terbaik tubuh badan yang ingin anda tonjolkan. Tetapi ingat jangan berlebihan! Gunakan filter hanya bila perlu. Seperti apa yang kami nyatakan, natural lighting is the best! 

(Photo credit: muscleandfitness.com)

5. MENEGAK ATAU MENDATAR?

Mudah! Sekiranya anda ingin menunjukkan dada bidang serta otot anda, tangkaplah gambar secara mendatar. Yang pasti, mata mereka yang melihat pasti akan tertumpu pada bahagian tersebut. Namun, sekiranya anda ingin menunjukkan keseluruhan tubuh, ambilah gambar secara menegak.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Ogos 2017

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.