Skip to content

TEMPAT SEMBURAN MINYAK WANGI PALING EFEKTIF

Kongsikan artikel ini

Menyentuh mengenai soal minyak wangi, pemilihan aroma dan bauan yang kena dengan personaliti dan selera sering kali jadi perhatian. Namun masalahnya, aroma tersebut seakan tidak kekal hingga ke akhir hari walaupun minyak wangi yang dibeli mahal dan berjenama. Apa sudah jadi? Yang pasti, arah semburan minyak wangi juga memainkan peranan penting agar bauan tersebut kekal lama, tetapi di mana?

Ya, ramai beranggapan lokasi di tubuh paling efektif untuk semburan minyak wangi adalah nadi, pergelangan tangan, tengkuk dan belakang telinga di mana darah di dalam badan mengalir. Anda percayakan mitos ini? Jika anda percaya anda silap. Berdasarkan laman sesawang fashionbeans, semburan minyak wangi kurang digalakkan di kawasan tersebut kerana pertama, haba mendorong dan mempercepatkan kitaran bauan tersebut, dan kedua kawasan-kawasan ini adalah yang paling terdedah kepada udara dan atas sebab itu bauan tersebut tidak dapat bertahan lama.

Habis itu, di manakah tempat semburan minyak wangi yang paling efektif? Salah satu tempat yang boleh anda cuba ialah di dada. Minyak wangi akan kekal lama kerana tiada banyak gerakan berlaku di kawasan ini. Selain itu, semburan di baju ternyata antara yang paling efektif.  Ini kerana fabrik terbukti perangkap bauan terbaik untuk minyak wangi.

Namun, tip ini boleh dilakukan dengan syarat anda menggunakan minyak wangi dari jenis EDP. Jenis minyak wangi ini lebih pekat dan tahan dalam tempoh 4 – 7 jam.

Selamat mencuba!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Mac 2017

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023

Bacaan Lanjut
10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023

10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut