Skip to content

AROMA YANG KERAS

Kongsikan artikel ini
Teks Sufian Sapari

PEWANGI LELAKI YANG BAUNYA YANG CUKUP MENYATAKAN KEJANTANANNYA. SEMUA YANG KERAS-KERAS HASIL CAMPURAN HASIL BUMI BAGI MEMASTIKAN AROMA YANG LELAKI SUKA TERCIPTA

CREED FOR KIDS, RM549

Anak-anak pun perlu wangian. Creed memberi bauan buah enak dihidu ketika berkucupan bersama anak kecil anda. Haruman bebas alkohol ini hasil campuran epal, plum, pir dan pokok lemon. Ia wangian membangkit rindu yang sukar untuk dilupakan juga aroma zaman kanak-kanak yang pasti mekar di halwa bau anak anda.

kids-portrait

 

GIVENCHY GENTLEMEN ONLY CASUAL CHIC

Ini haruman elegan semula jadi. Menggunakan kod wangian asal Gentleman Only iaitu cendana, kayu cedar, daun birch, pewangi Eau de Toilette menegaskan personaliti segar dan menyenangkan. Melalui trio rempah – buah pelaga, halia, dan jintan saru – menampilkan watak menawan seorang lelaki bergaya dalam pesona kasual.

1-paris-gallery-givenchy-giv-p007502

 

ERMENEGILDO ZEGNA ESSENZE GOLD, 125ML. RM830

Ermenegildo Zegna sengaja memberi anda rambang halwa bau dengan keluarnya tiga rangkaian pewangi dalam keluarga The Essence of Gold iaitu Amber Gold, Incense Gold dan Musk Gold. Tiga haruman signature yang menggunakan komposisi kompleks canggih serta bahan-bahan yang kaya, mendalam dan aroma yang tahan lama. Anda harus ke kaunter Ermenegildo Zegna sendiri untuk pengalaman menghidu tiga wangian istimewa ini.

essenze-gold-collection-of-musk-gold

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut