Model Pure XS, Francisco Henriques menjadi kegilaan wanita

Siapa boleh melawan pesona sensual Paco Rabanne Pure XS?

Membuat debutnya pada tahun 2017 dulu, haruman Paco Rabanne Pure XS tampil dengan aura erotik yang memukau hasil ramuan Oriental yang segar juga hangat. Digambarkan dengan penuh seksi dan nakal dalam kempen iklan yang menampilkan model Francisco Henriques, memainkan watak si pewaris muda yang mewah dengan fizikalnya serba sempurna. Sambil bersiap sedia di dalam kamar anggunnya, si jejaka sebenarnya diintip secara rahsia oleh sekumpulan wanita yang menggilainya. Begitu kuat godaan jejaka Pure XS.

But that was then, this is now. And it’s getting hotter!

Musim ini wangian ini kembali dengan varian baru, Paco Rabanne Pure XS Night. Yang meneruskan godaan asal Pure XS ke lewat malam. Yakni saat bila naluri si jejaka Pure XS betul-betul bangun, bersedia melalui penerokaan yang lebih berbahaya namun mengujakan. Bak hasrat membara di luar kawalan yang mahu bermain dengan api. Satu obsessi, mahupun ketagihan.

Di sebalik konkoksi bahaya Pure XS Night ini ialah variasi ramuan yang bermain dengan dualiti asal Pure XS – antara yang hangat dan yang segar – lantas menyelami elemen sensual dan tension untuk tampil lebih seksi.

1 of 7

Francisco Henriques, wajah kempen Paco Rabanne Pure XS & Pure XS Night

1 of 7