BEARD BUSINESS? KENAPA LELAKI BERJANGGUT KINI DIPANDANG TINGGI DALAM DUNIA USAHAWAN

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Beard and business, have come a long way! Jika dahulu, bulu di muka atau facial hair mungkin tidak digalakkan sewaktu sesi temuduga, pembentangan proposal sewaktu mesyuarat mahupun mesyuarat bersama klien tetapi ya, dunia perniagaan seakan sudah boleh menerima kehadiran lelaki berjambang.

Ini turut dibantu dengan ledakan fenomena siri TV hit Silicon Valley yang menampilkan usahawan-usahawan muda berjaya tampak yakin ketika berada di dalam bilik lembaga pengarah. But there’s a twist! 

Ya, menurut fima penyelidikan global, Mintel, janggut mungkin sudah dialu-alukan di tempat kerja tetapi dengan sayu syarat, it must be groomed! Janggut semestinya perlulah dijaga rapi sebelum anda ‘membawanya’ masuk ke dalam persekitaran pejabat. Yang pasti, lelaki yang sekadar hanya ingin menumbuhkan rambut di muka tanpa ada inisatif untuk menjaganya adalah sesuatu yang membunuh mood buat mereka yang memandang. Its look not professional, plus you looks unprepared! 

Ketahuilah, penjagaan janggut juga memerlukan sentuhan peribadi seperti mana anda menjaga rambut anda (lainlah sekiranya anda botak). Dengan akses tanpa batasan kepada pelbagai produk perapian diri untuk janggut seperti minyak, balm, berus dan sikat, tiada lagi alasan untuk lelaki tidak merapikan janggut mereka. Yang pasti, triknya hanya satu, adalah untuk menemui amoun rambut di wajah, bertepatan dan bersesuaian dengan persekitaran kerja anda. Sesetengah syarikat punya polisi lebih ketat berbanding yang lain, jadi anda perlu ambil serius akan hal ini.

So, adakah lelaki berjanggut lebih tanjak mahupun mendapat lebih perhatian sewaktu di dalam pejabat? We believe so. Berdasarkan livebearded.com, ada 3 sebab utama. Antaranya:

1. PENCEROBOHAN DAN DOMINASI

Ya, ramai percaya janggut mengaitkan mereka dengan sikap agresif, dominasi dan kematangan, sementara lelaki yang mencukur licin dikaitkan dengan sosiolinguistik, kesihatan dan/atau kebersihan.

2. KEMATANGAN DAN KUASA

Oleh kerana tidak semua lelaki mampu untuk menumbuhkan janggut, lalu keupayaan istimewa ini seringkali berkaitan dengan testosteron dan tanda fizikal kematangan pada lelaki, di mana secara semula jadi dikaitkan dengan otak manusia dengan kelangsungan pendewasaan seorang lelaki.

3. KEBERSIHAN

Janggut yang dijaga rapi lebih menampakan ciri-ciri kebersihan berbanding mereka yang mencukur licin. Janggut boleh menyembunyikan pori-pori mahupun kulit mati yang di mana jelas kelihatan bagi mereka yang tidak berjanggut. Make sense? 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 September 2017

 

 

 

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.