Skip to content

BERSENAM DALAM KEMARAHAN BOLEH BAWA PADAH

Kongsikan artikel ini

Senaman selalunya membangkitkan emosi dan tempat melepaskan tekanan: melepaskan endorphins dan boleh membantu mengalih perhatian kamu dari apa sahaja dalam minda, justeru ia jalan mudah buat kamu melepaskan kekecewaan. Namun, ia sebenarnya boleh membawa padah.

(Photo credit: bodybuilding.com)

Namun kajian diterbitkan di dalam Heart Association Journal Circulation berpendapat ia meninggalkan kesan buruk pada mental seandainya kita ke gim dalam keadaan marah, seperti mendapat kecederaan fizikal dari mendapat kebaikan. Kajian menunjukkan daripada 12,461 pesakit lemah jantung, satu daripada tujuh orang terdiri dari sang pemarah atau yang mereka yang penyedih. Mereka didapati menggunakan tenaga fizikal yang tinggi sejam sebelum ditimpa musibah. Tapi mereka tiga kali ganda terkena serangan jantung selepas rasa marah dan melakukan aktiviti berat dalam tempoh 60 minit.

Kebanyakan kajian memang menunjukkan senaman dalam keadaan marah akan membawa kepada serangan jantung. Gabungan aktiviti fizikal dan ketegangan emosi tersebut membangkitkan tekanan darah dan kadar degupan jantung paling tinggi dalam circulatory system. Andai arteries dipenuhi plaque, kombinasi senaman dan emosi mudah sekali membentuk blood clot dan akhirnya mencetus serangan jantung, pembawa kematian terbesar di US.

Ketahuilah kebanyakan individu dalam kajian terbabit adalah terdiri dari lelaki berusia kebanyakannya 58 tahun. Mereka kebanyakannya bersenam di waktu malam dengan keadaan emosi tidak stabil. Namun, keputusan kajian masih lagi dicari dan kalau boleh bersenamlah berpada-pada saat tengah marah.

Jadi, selepas ditengking bos jangan sekali-kali melepaskan kemarahan di atas treadmill. Kalau boleh kurangkan dan jangan sekali-kali menjejaskan tahap kesihatanmu.

Sumber: Cosmopolitan

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut