Skip to content

BFAB.MY PORTAL SERVIS INTERAKTIF

Kongsikan artikel ini

 

TERDAPAT RIBUAN TEMPAT RAPI DIRI ANDA MUNGKIN SUKAR MENCARINYA. MELALUI PORTAL BFAB.MY SEMUANYA DI HUJUNG JARI. ANDA BISA MENGAKSES BERBAGAI JENIS PAKEJ RAWATAN MENGIKUT HARGA MELALUI HANYA SATU PORTAL. IKUTI PENGALAMAN SAYA MEMILIH RAWATAN MENGGUNAKAN PORTAL GROOMING HEBAT INI

Ratusan pusat rawatan diri termasuk spa, manicurepedicure  hingga servis jurumekap profesional tersenarai di bawah portal bfab.my, mudah bagi pelanggan untuk mencari semuanya hanya melalui satu medium, satu laman sesawang, dengan bermacam-macam pilihan salun. Tidak terhad kepada rawatan di salun, terdapat juga rawatan yang dibuat di rumah seperti mekap, urutan, fotografi, rawatan muka dan pedandan rambut.

Di halaman utama bfab.my tersenarai berbagai kolum untuk anda pilih mengikut kategori, yang memudahkan pencarian. Contohnya, saya memilih ‘Face’, masuk ke halaman spa yang disenaraikan bfab (lebih daripada 300 tempat untuk anda pilih!) kemudian, disenaraikan harga mengikut rawatan, lokasi tempat, dan slot yang masih kosong. Cukup mudah! Tak perlu lagi tempahan melalui telefon atau walk-in.

PROSES TEMPAHAN

Langkah pertama buka laman sesawang bfab.my

computerandphonetgt

Langkah kedua pilih rawatan yang anda mahu, contonya ‘spa’, dan pilih tempat serta pakej yang ditawarkan.

spa

Langkah ketiga, klik ‘Book Now’ dan pilih tarikh rawatan dan waktu yang tersedia untuk menerima tempahan. Slot masa yang masih kosong dapat ditentukan melalui petak bold manakala slot yang sudah menerima tempahan pada petak yang telah dikaburkan.

web-booking

Langkah keempat, tekan kotak ‘Checkout’dan isi maklumat anda dan bayaran. Masukkan kod promosi (jika ada). Setelah ruang diisi dengan tepat tekan ‘Pay Now’.

web-check-out

Langkah kelima, secara serta-merta anda akan menerima emel pengesahan daripada bfab.

 

PENGALAMAN SPA

Saya berkesempatan menerima rawatan spa pilihan di Mandara Spa, Sunway Resort Hotel. Suasana ala Bali di tengah-tengah hutan dalam bandar sudah memberi mood positif yang cukup tenang. Saya memilih pakej urutan Bali yang ternyata memberikan ketenangan tubuh badan setelah berminggu-minggu berhempas pulas melunaskan kerja. Saya diberi pilihan untuk memilih minyak untuk dipakai semasa urutan dan segala butiran mengenai kesihatan diperiksa terlebih dahulu. Selepas dibawa ke ruang bilik yang diperincikan hiasan Bali moden, menghadap pandangan hijau juga ruang mandi bersaksikan flora cukup mengujakan. Urutan dilakukan bermula di wajah, kemudian badan. Aroma minyak Island Spice berserak di seluruh tubuh dan bilik, saya gemar dengan teknik urutan dan layanan bak sang raja. Anda harus cuba segalanya di sini. Produk-produk khas digunakan antaranya dari jenama Elemis yang hanya dijual di Mandara Spa memberi berbagai pilihan produk penjagaan diri.

Processed with VSCO with hb2 preset

Processed with VSCO with hb2 preset  

Processed with VSCO with hb2 preset

Produk-produk Elemis menjadi pilihan Mandara Spa

Processed with VSCO with hb2 preset

Ruang penyambut tetamu Mandara Spa, Sunway Lagoon Resort

Processed with VSCO with hb2 preset

img_4758Processed with VSCO with hb2 preset

Processed with VSCO with hb2 preset   

Oleh Ryan Mohamad
Gambar bfab.my

By RYAN MOHAMAD
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut

BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?

Bacaan Lanjut

MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU

Bacaan Lanjut